Wild Rift
Rumpel mahu manjakan naga 4-0 di final

TIADA kata-kata dapat diluahkan, hanya tangisan kegembiraan yang ditunjukkan pemain profesional Wild Rift, Tai Ming Hong, (Rumpel) selepas dia dan rakan sepasukannya Geek Fam berjaya mara ke final Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021.
“Rumpel terus menangis kerana terlalu gembira.
“Dia tidak percaya kami boleh menang kerana kami mempunyai kekurangan dari segi drafting (pemilihan hero) dan kalah dua pusingan berturut-turut,” kata rakan Rumpel, Poon Kok Sing (Ozoraveki) dalam satu temu bual semalam.
Pada semalam, Geek Fam berjaya melakukan satu kebangkitan dengan mengalahkan Berjaya Dragons 3-2 walaupun pada mulanya ketinggalan dua pusingan.
BACA: Geek Fam pasukan Malaysia pertama ke SEA Icon Series 2021
Susulan kemenangan itu, Rumpel berkata tidak akan berlaku lagi reverse sweep (kebangkitan selepas ketinggalan) seperti yang terjadi di peringkat final Upper Bracket.
“Walaupun kami berjaya mendapatkan reverse sweep, kami tidak akan buat lagi perkara itu. Kami akan kalahkan anda 4-0 pada final.
“Terima kasih juga kepada peminat kami walaupun pada mulanya kami kalah 0-2. Tapi saya nampak ada yang memberikan komen dan kata-kata semangat kepada kami. Saya sangat bersyukur,” kata Rumpel.
https://www.facebook.com/ESLMsia/posts/4072252756197117?__cft__[0]=AZUPReOeytZC7y2mhCFfNc7wJb9mv_FJNnisFmttFX-I0PmYF1AgtyY–Sen64–TtUkVAnmQ4dg9-OUZbqTpwwor9X9HPJ_ixAAxSQAyuMC38gPDW8zedHU_ciM2XhrmZXGpdUNbI2SFmkZ_Q4UYJR7eO1aQPTsNFR4bbxWT7JQrw&__tn__=%2CO%2CP-R
Dia berkata demikian dalam satu temu bual bersama hos kejohanan selepas kemenangan di peringkat final Upper Bracket itu.
Rumpel dan Geek Fam telah menjadi pasukan Malaysia yang pertama untuk melayakkan diri ke acara kompetitif Wild Rift yang terbesar di Asia Tenggara, Siri Ikon SEA 2021: Piala Musim Panas (Summer Super Cup) 2021.
Dalam pertarungan yang melibatkan 16 pasukan terbaik Wild Rift, Rumpel berkata dia berhasrat untuk bertemu dengan EVOS Thailand.
“Buat masa sekarang kami sebenarnya mahu fokus kepada peringat Grand Final.
“Pada peringkat Summer Super Cup nanti semua pasukan akan memberi saingan yang hebat. Saya berminat untuk berjumpa dengan EVOS Thailand, kerana pasukan itu yang dilihat sebagai pasukan terbaik setakat ini,” kata Rumpel dalam temu bual yang sama.
Geek Fam akan kembali beraksi dalam Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021 untuk bertarung pada peringkat final.
Kejohanan itu dikendalikan oleh ESL Malaysia dan mendapat penajaan daripada syarikat pengeluar makanan popular, MAGGI. Ia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM60,000 .
ESL bersama MAGGI ingin mewujudkan peluang yang lebih banyak bagi semua pemain Wild Rift di Malaysia untuk memulakan perjalanan mereka dalam arena e-sukan dan menjadi pemain terkemuka di rantau ini.
Anda boleh menonton kejohanan itu di Facebook dan YouTube ESL Malaysia.
https://www.facebook.com/ESLMsia/videos/338910754271626/?__cft__[0]=AZVbRUcUHsYQ4wcn7RcDlRT1dnpMb5U1Ejz4ZgyhzKckDeT5LIE7Dx4nL53ZWx55dPeAUAiwnG7eLm3pPe5fwJGLB-5jEi-f6_TOFjExByYCgrISZhuYxIsFS27pCoV48UHsPnic3U7quhrqpn0T6Z1hayalag-4lNAuzI8W4MJVAQ&__tn__=%2CO%2CP-R