Connect with us

Wild Rift

Geek Fam pasukan Malaysia pertama ke SEA Icon Series 2021

Published

on

Foto: ESL Malaysia / Riot Games

SKUAD Wild Rift Geek Fam sah menjadi pasukan Malaysia yang pertama ke Siri Ikon SEA 2021: Piala Musim Panas (Summer Cup) 2021.

Kejohanan Summer Cup merupakan acara kompetitif Wild Rift yang terbesar di Asia Tenggara dan dijangka akan berlangsung pada 19-27 jun nanti.

Geek Fam berjaya mendapatkan slot itu selepas menewaskan musuh tradisi, Berjaya Dragons 3-2 pada peringkat final Upper Bracket Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021 yang berlangsung petang tadi.

Menurut pemain Geek Fam, Poon Kok Sing (Ozoraveki) perlawanan menentang Berjaya Dragons itu dilihat seperti maraton kerana berlangsung dalam tempoh yang agak lama.

“Pusingan akhir tadi berlangsung kira-kira 30 minit. Draft hero kami pun lebih memberi tumpuan kepada magic damage dan ia tidak mencukupi untuk kami melakukan pertempuran (team fight) dengan Berjaya Dragons.

“Pada minit terakhir perlawanan, kami mempunyai kelengkapan (item) yang diperlukan sehingga mampu memberikan kesan musnah (damage) yang mencukupi.

“Akhirnya kami menang. Ini adalah perlawanan yang sukar sehingga kami berpeluh-peluh,” kata Ozoraveki dalam satu temu bual selepas memenangi perlawanan itu.

Ozoraveki juga berkata Berjaya Dragons memberi saingan yang sangat hebat terutama dalam pemilihan hero untuk kegunaan strategi-strategi baharu.

Barisan utama pasukan Wild Rift Geek Fam terdiri daripada:

  • Poon Kok Sing (Ozoraveki)
  • Tai Ming Hong (Rumpel)
  • Ho Boon Chun (Momo)
  • Tan Kah Guan (NyX)
  • Lim Shang Ren (TheShang)

Rakan sepasukan Ozoraveki, Momo muncul sebagai pemain terbaik (MVP) dalam perlawanan itu.

Geek Fam merupakan nama besar dalam e-sukan Wild Rif tempatan ketika ini. Pasukan itu telah memenangi beberapa kejohanan termasuk SEA Icon Series 2021: Preseason – Malaysia, dan ESL Open Series 2021 Malayisa: Januari Cup 1.

Geek Fam akan kembali beraksi dalam Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021 untuk bertarung pada peringkat final.

Kejohanan itu dikendalikan oleh ESL Malaysia dan mendapat penajaan daripada syarikat pengeluar makanan popular, MAGGI. Ia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM60,000 .

ESL bersama MAGGI ingin mewujudkan peluang yang lebih banyak bagi semua pemain Wild Rift di Malaysia untuk memulakan perjalanan mereka dalam arena e-sukan dan menjadi pemain terkemuka di rantau ini.

Anda boleh menonton kejohanan itu di Facebook dan YouTube ESL Malaysia.

Sementara itu, lapan pasukan Asia Tenggara telah disahkan ke peringkat Summer Cup iaitu:

  • Geek Fam (Malaysia)
  • Alliance (Singapura)
  • Impunity (Singapura)
  • EVOS Esports TH (Thailand)
  • Buriram United Esports (Thailand)
  • Onic Esports (Indonesia)
  • SBTC Esports (Vietnam)
  • CERBERUS Esports (Vietnam)

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved