Connect with us

Wild Rift

Esports ready! Wild Rift mula perkenal rancangan e-sukan

Published

on

PERMAINAN mudah alih dari Riot Games, Wild Rift bakal mempunyai rancangan kompetitif e-sukan mulai tahun ini, kata Ketua E-Sukan Global John Needham.

Menurut John rancangan kompetitif e-sukan Wild Rift itu akan bermula di peringkat Asia Tenggara.

“Pemain-pemain profesional kini sedang bersiap sedia untuk memulakan perjalanan kompetitif.

“Wild Rift dilengkapi dengan nilai kompetitif, kerumitan dan detik taruhan tinggi yang menjadikan satu e-sukan yang hebat.

“Walaupun masih terlalu awal, kami teruja untuk membawa semangat dan dedikasi kami untuk e-sukan ke mobile,” katanya dalam satu penstriman langsung Hari Pembukaan Permulaan Musim 2021 baru-baru ini.

John berkata, Riot Games komited untuk membawa e-sukan Wild Rift kepada pemain-pemain di seluruh dunia.

Meski rancangan peringkat serantau dan global masih dalam proses, Riot Games telah mengumumkan rancangan kompetitif untuk e-sukan Wild Rift di Asia Tenggara.

“Di Asia Tenggara, permulaan musim akan disertai dengan acara persaingan yang lebih kecil sehingga Mac.

“Pada April, lapan lokasi spesifik pertandingan akan diperkenalkan bagi pemain-pemain untuk bersaing mendapatkan gelaran juara tempatan dan bersaing dengan di peringkat Asia Tenggara,” kata Riot Games.

Legend of Legends: Wild Rift, atau dikenali sebagai Wild Rift adalah port MOBA League of Legends yang telah wujud selama 11 tahun lalu di platform PC.

Mengadaptasi kepada perkembangan terkini e-sukan mudah alih, pembangun League of Legends Riot Games kini membawakan permainan popular itu kepada versi yang sesuai untuk peranti telefon pintar.

Ia telah memasuki peringkat fasa beta tetutup pada 16 September 2020 dan berada di ranking pertama Apple App Store pada hari pertama pelancaran fasa Beta Terbuka.⁣

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved