Connect with us

Wild Rift

SEAEC: SEM9 berjaya mara ke peringkat kalah mati

Published

on

Foto: @sem9.gg

SATU-SATUNYA wakil Malaysia dalam Kejohanan E-sukan Asia Tenggara (SEAEC) untuk kategori e-sukan Wild Rift, SEM9, berjaya mara ke peringkat pusingan kalah mati selepas berada dalam kelompok tiga terbaik pada peringkat kumpulan.

Selepas empat hari berlangsung peringkat kumpulan, SEM9 yang berada dalam kumpulan A mengutip tujuh mata dengan rekod kemenangan 2-1-1.

Pasukan Thailand, Buriram United Esports mendominasi Kumpulan A dengan kutipan sembilan mata dengan rekod kemenangan 3-0-1.

Selain SEM9 dan Buriram United Esports, kumpulan A turut disertai pasukan Filipina Fennel Adversity dan pasukan Brunei Dream Esports.

Sementara itu, gergasi Wild Rift Vietnam, SBTC Esports mendominasi peringkat Kumpulan B tanpa sebarang kekalahan. Pasukan itu mencatatkan rekod kemenagan 4-0-0.

Kumpulan B turut disertai pasukan Singapura, Team XD, pasukan Myanmar, Falcon Esports, pasukan Kemboja, Team Max dan pasukan Laos, Team EVO.

Dalam saingan peringkat kumpulan, hanya tiga pasukan sahaja layak ke peringkat kalah mati yang akan mula berlangsung pada hari ini.

Empat pasukan sudah tersingkir dari kejohanan itu iaitu Fennel Adversity, Dream Esports, Team Evo dan Team Max.

Masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong dan akan menerima hadiah wang tunai antara RM6,300-RM4,200 (AS$1,500-AS$1,000).

Dalam kejohanan ini SEM9 menggunakan barisan pemain yang terdiri daripada:

  • Poon Kok Sing (OzoraVeki)
  • Chan Roong Han (ArrHedge)
  • Jonathan Chan Mun Shum (Chilly)
  • Liew Kuan Chuen (Sagi)
  • Chun Chin Wee (Winter)

SEM9 akan bertemu dengan pasukan Singapura, Team XD pada peringkat suku akhir yang akan berlangsung pada 13 Januari nanti dengan format BO5 (Terbaik daripada 5).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved