Connect with us

Wild Rift

Jangan main Wild Rift dengan mentaliti MLBB

Published

on

Foto: RIOT GAMES

KEHADIRAN League of Legends: Wild Rift sememangnya semakin jadi perbualan hangat di media sosial dalam kalangan komuniti e-sukan, terutama apabila ia telah berada di peringkat Open Beta untuk permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) itu.

Legend of Legends: Wild Rift, atau dikenali sebagai Wild Rift adalah port MOBA League of Legends yang telah wujud selama 11 tahun lalu di platform PC. 

Mengadaptasi kepada perkembangan terkini e-sukan mudah alih, pembangun League of Legends (LoL), Riot Games kini membawakan permainan popular itu kepada versi yang sesuai untuk peranti telefon pintar kita.

Walau bagaimanapun, Wild Rift tidak membawa sepenuhnya elemen LoL PC. Contohnya, skala untuk skill cooldown dan pemberian kesan musnah telah diselaraskan mengikut kesesuaian permainan ini. 

Manakala, hero-hero atau Champions di LoL PC telah dibawakan ke Wild Rift secara langsung.

Foto: RIOT GAMES

Susah ke nak main Wild Rift?

Kebanyakan pemain-pemain MOBA mudah alih di Malaysia ini terdiri daripada pemain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Tidak keterluan untuk menyatakan sebenarnya MLBB mempunyai persamaan dengan Wild Rift namun pada pandangan penulis, kedua-duanya mempunyai corak permainan dan ciri-ciri eksklusif yang tersendiri.

Ramai yang menyatakan bahawa kadar masa bermain Wild Rift adalah lebih perlahan dan membosankan berbanding MLBB, memandangkan MLBB lebih memberi tumpuan kepada perlawanan kumpulan (team fight) manakala Wild Rift lebih bergantung kepada skill shot dan bersifat lebih mekanikal dengan keutamaan laning phase, last hit untuk mendapatkan Gold.

Penulis juga memerhatikan bahawa ada yang cuba bermain Wild Rift di peringkat Open Beta ini dengan mentaliti bermain MLBB, iaitu mereka akan memberi tumpuan kepada team fight dan mencuri buff pihak lawan, berbanding memberi tumpuan kepada posisi hero dan pembinaan item

Situasi itu dilihat seperti berperang membabi buta dengan menggunakan kelengkapan senjata yang tidak lengkap.

Tidak salah untuk bermain Wild Rift seperti Mobile Legends, tetapi kita perlu tahu kedua-dua permainan itu adalah  berbeza, walaupun dikategorikan sebagai MOBA.

Pemilihan Champions 

Seperti yang kita tahu, pemilihan Champions ataupun hero adalah satu faktor yang amat penting untuk memperoleh kemenangan.

Sepanjang pengalaman bermain Wild Rift, penulis juga mendapati ada dalam kalangan pemain yang yang tidak memahami peranan hero (role) yang dipilih dan hanya memilih mengikut citarasa sendiri yang telah menyebabkan seluruh perlawanan terbantut.

Ada yang terbawa-bawa meta permainan MLBB, contohnya apabila ada dua pengguna yang menggunakan hero Hyper Carry dan perlu bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan farm untuk kelebihan late game nanti.

Meta 2 pemain Hyper Carry sering muncul di Wild Rift dan dilihat memberi kesukaran untuk meraih kemenangan bagi pasukan sendiri.

Dalam permainan Wild Rift, role telah dibahagikan kepada Solo Mid, Solo Top, Support, Jungle dan ADC (Attack Damage Carry). 

Namun ketika ini, ada dalam kalangan pengguna Wild Rift kini berdepan dengan cabaran pemain yang tidak mahu mempertimbangkan langsung pemilihan Champion yang seterusnya mengakibatkan pasukannya tidak mempunyai kesan musnah yang mencukupi untuk memenangi team fight.

Pemilihan Runes dan Item

Foto: RIOT GAMES

Sama seperti dalam permainan MLBB, Wild Rift juga menyediakan item build dan juga Rune yang sedia ada sebagai bahan rujukan.

Bagi anda yang mahu mencuba mana-mana Champion, anda boleh menggunakan mana-mana senarai item build dan Rune yang sedia ada sebelum menukar mengikut citarasa sendiri.

Selain daripada Roles, Summoner’s Spell, juga memainkan peranan yang penting semasa bermain Wild Rift.

Dalam MLBB, kita hanya dapat memilih satu sahaja Battle Spell, seperti Flicker, Putrify dan sebagainya, manakala Wild Rift memberikan pilihan untuk memilih dua Spell untuk meningkatkan cabaran permainan ini.

Satu perbezaan besar corak permainan Wild Rift dan MLBB adalah apabila pemain Wild Rift hanya boleh membeli item semasa mereka berada di base sahaja berbanding MLBB yang membenarkan pemain boleh membeli item di mana-mana sahaja.

Ramai yang melihat perkara itu sebagai satu cabaran menyusahkan, tetapi sekiranya kita memikir dengan telus, ia adalah suatu strategi bertahap tinggi, yang melibatkan strategi untuk Recall ke base tanpa ketinggalan kutipan Gold dan EXP.

Wild Rift Secara Keseluruhan

Foto: RIOT GAMES

Wild Rift mungkin dilihat sebagai satu permainan baru untuk pemain-pemain e-sukan mudah alih di Malaysia berbanding MLBB yang telah pun lama bertapak dengan penganjuran pelbagai kejohanan seperti liga profesional MPL dan kejuaraan dunia, M1. Suatu permainan akan berkembang maju sekiranya mendapat sokongan daripada komuniti.

Antara Wild Rift dan MLBB, yang mana satu lebih menyoronokkan, ia tertakluk kepada pilihan masing-masing sama ada memilih antara permainan yang lebih fokus kepada teamfight dan kepantasan ataupun permainan yang lebih rumit dan dan memberi fokus kepada aspek-aspek kecil yang akan mempengaruhi hasil permainan tersebut.

Wild Rift masih lagi berada di peringkat Open Beta dan dijangka akan dikeluarkan secara rasmi pada hujung bulan Disember.

Bagi anda mahu mencuba Wild Rift, boleh muat turun di Google Play Store dan juga App Store.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved