Connect with us

Wild Rift

Soloz, Jess No Limit terima sneakers eksklusif Wild Rift

Published

on

Foto: Riot Games

PENGHIBUR penstriman langsung Facebook Gaming Nombor 1 Malaysia, Mohd Faris Zakaria, (Soloz) antara individu dan personaliti gaming terpilih Asia Tenggara terpilih yang menerima kasut sneakers Nike Air Force 1 edisi terhad sempena pelancaran e-sukan mudah alih League of Legends: Wild Rift (Wild Rift).

Pembangun Wild Rift, Riot Games dalam satu kenyataan media berkata pihaknya telah menjalinkan satu kerjasama dengan SBTG Studios, untuk menghasilkan sneakers eksklusif itu kepada beberapa personaliti gaming Asia Tenggara yang terpilih.⁣

Menurut Riot Games, kerjasama itu adalah untuk meraikan sinergi antara fesyen dan permainan video.

“Kami sangat teruja apabila dapat bekerjasama dengan artis tempatan seperti SBTG untuk projek ini.

“Kolaborasi unik adalah satu cara yang baik untuk merwarwarkan Wild Rift kepada komuniti baharu di Asia Tenggara.

“Kami akan menantikan banyak lagi bentuk kerjasama akan datang,” kata Pengurus Besar Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Macau Riot Games, Justin Hulog dalam satu kenyataan media.

Menggunakan kasut Nike Air Force 1 sebagai kanvas, kasut tersebut dihiasi dengan sulaman yang bertemakan skema warna utama Wild Rift.⁣ ⁣

Nama personaliti terpilih pula akan dilekatkan di bahagian tepi kasut dan tag SBTG Deubré pula ada di bahagian tali kasut.⁣

Selain Soloz, personaliti gaming Indonesia, Jess No Limit juga dilihat telah menerima sepasang kasut edisi terhad itu.

“Terima kasih Wild Rift kerana kasutnya yang sangat cantik. Ada siapa-siapa tahu tulisan di kasut ini maksudnya apa? Hahaha,” kata Jess dalam satu kapsyen di Instagram.

Wild Rift bakal memasuki fasa beta terbuka pada 27 Oktober nanti dan bagi anda yang mahu mengetahui mengenai permainan mudah ali ini boleh layari wildrift.leagueoflegends.com atau http://www.facebook.com/PlayWildRift

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved