Connect with us

General

BCorp sertai e-sukan, tubuh pasukan profesional LoL, Berjaya Dragons

Published

on

BCorp sertai arena e-sukan dengan menubuhkan pasukan profesional LoL, Berjaya Dragon.

KUALA LUMPUR – Syarikat konglomerat Berjaya Corporation Berhad (BCorp) hari ini mengumumkan penubuhan pasukan profesional e-sukan League of Legends (LoL), Berjaya Dragons.

Dalam satu kenyataan media kepada What’s The Meta Today pada hari ini, Berjaya Dragons berkata penubuhan pasukan e-sukan tanah air yang menggunakan moto “Kebanggaan Malaysia” adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam mempromosikan e-sukan yang seiring dengan perkembangan trend di peringkat global.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif BCorp, Tan Sri Datuk Seri Vincent Tan berkata e-sukan merupakan satu pertandingan yang memerlukan tumpuan mental yang tinggi yang merangsang ramai belia untuk mencabar kapabiliti mereka.

“Langkah pertama kami adalah dengan penubuhan pasukan e-sukan ini yang akan memainkan peranan penting kepada pembangunan industri.

“Saya berharap kami dapat membina satu ekosistem yang sihat untuk mengembangkan lagi bakat-bakat pemain dan mempromosikan perkembangan pertumbuhan e-sukan menerusi penglibatan kami dalam industri,” kata Vincent.

Sementara itu, Berjaya Dragon berkata barisan LoL mereka akan diumumkan pada masa akan datang dan akan menyertai Siri Kejohanan Pasifik (PCS) yang akan berlangsung pada 8 Februari 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved