Connect with us

General

MPL: Hanya 5 sah dijemput, NV bubar, Resurgence tidak cukup 3 pemain sertai musim liga

Published

on

Moonton sahkan hanya 5 pasukan Malaysia dan Singapura yang dapat jemputan terus ke MPL Musim Kelima.

KUALA LUMPUR – Penerbit e-sukan mudah alih Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), Moonton, hari ini mengesahkan hanya 5 pasukan yang sah mendapat jemputan terus ke Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Moonton berkata, pasukan tersebut layak mendapat jemputan terus ke Musim Liga kerana mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada pertukaran senarai pemain mereka.

Pasukan tersebut adalah: 

  • EVOS Esport SG (Juara Musim 4)
  • Todak (Naib Juara Musim 4)
  • Axis Esports (Tempat keempat Musim 4)
  • Geek Fam (Juara Musim 3, tempat kelima/keenam Musim 4)
  • Team Bosskurr (Tempat ketujuh/kelapan Musim 4)

EVOS Esports SG adalah pasukan tunggal Singapura yang dijemput secara langsung pada musim ini. 

Resurgence (pemenang tempat ketiga Musim 4) tidak layak menerima jemputan secara langsung kerana perubahan senarai pemain mereka melebihi separuh dari pemain pasukan musim lepas. 

Mereka akan bersaing untuk mendapatkan slot ke musim liga semasa pusingan kelayakan Singapura yang akan berlangsung pada 15-16 Februari.

Notorious Villains (tempat kelima/keenam Musim 4) pula tidak akan menyertai pada Musim 5 ini kerana pasukan mereka telah dibubarkan, kata penganjur.

Sementara itu bagi pusingan kelayakan hanya 2 slot dibuka bagi pasukan Malaysia dan 3 slot untuk pasukan dari Singapura.

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020. 

Pendaftaran untuk peringkat kelayakan kejohanan ini bermula 20 Januari hingga 2 Februari 2020. 

Borang pendaftaran rasmi akan tersedia bermula 20 Januari 2020 di halaman Facebook rasmi MLBB.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini. 

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung playoffs di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai  kira-kira RM410,000. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved