Connect with us

General

Selepas dikejarkan ke hospital, Daddyhood semakin sembuh

Published

on

Foto Kredit: Fatiha Sarkawi

BARU-BARU ini pengasas pasukan e-sukan Homebois dan Team Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) dikejarkan ke hospital berikutan kerana serangan GERD (pedih hulu hati) sehingga menyebabkan penafasannya menjadi pendek.

Menurut isteri Daddyhood, Fatiha Sarkawi, Daddyhood juga mengalami anxiety (keresahan) ketika serangan GERD berlaku.

“Sejak Isnin lagi Daddyhood berasa kurang sihat kerana serangan GERD. Dia kemudiannya rehat selama sehari dan makan ubat.

“Keesokan hari, kesakitan Daddyhood dilihat semakin kurang namun serangan datang bertubi-tubi pada waktu malam ketika dia sedang bekerja,” Fatiha kata dalam satu catatan media sosial pada semalam.

Jelasnya lagi, Daddyhood kini semakin sembuh selepas mendapatkan rawatan di hospital.

“Ketika dibawa ke bahagian kecemasan hospital, Daddyhood pilih untuk disuntik dan bukan untuk dihantar ke wad.

“Alhamdulillah keadaan Daddyhood bertambah baik. Terima kasih banyak-banyak yang mendoakan suami saya.

“Semoga kita sentiasa diberikan nikmat rezeki kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah,” tambah Fatiha.

Sementara itu, Daddyhood juga berkongsikan kepada WTM Today bahawa dia kini semakin pulih dan sudah mula kembali bekerja.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved