Connect with us

General

TSM tukar nama, dapat RM860 juta

Published

on

KIRA-KIRA RM860 juta (AS$210 juta) akan dibayar kepada syarikat e-sukan antarabangsa TSM, selepas menandatangani satu perjanjian bersama syarikat kriptowang yang berpangkalan di Hong Kong, Futures Exchange (FTX).

Menurut TSM dalam satu pengumuman hari ini, organisasinya kini dikenali sebagai TSM FTX berdasarkan perjanjian itu.

Laporan The New York Times juga menyatakan bahawa perjanjian antara TSM dan FTX itu dilakukan adalah berikutan kedua-dua industri gaming dan mata wang kripto mempunyai kelebihan tersendiri ketika pandemik Koronavirus sedang melanda seluruh dunia, iaitu apabila orang ramai mula mencari hiburan atas talian, mencari cara untuk melabur dan mencari cara untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan dengan cara yang tidak konvensional.

Nilai mata wang kripto seperti Bitcoin juga dilihat meningkat berbanding  tahun lalu. Pada semalam, nilai satu Bitcoin mencatatkan kira-kira RM155,000 (AS$36,000).

Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TSM, Andy Dinh berkata duit RM860 juta itu akan digunakan untuk menarik lebih ramai bintang dan pemain dengan menyediakan gaji yang lebih baik.

Pihaknya juga akan menubuhkan beberapa skuad untuk menyertai liga e-sukan.

Jelasnya lagi, TSM juga akan membuka cawangan di China, Eropah dan Amerika Selatan.

TSM yang mempunyai 10 skuad e-sukan di bawah naungannya mempunyai nilai melebihi RM1.6 bilion (AS$410 juta) pada tahun 2020, menurut Forbes.

Ia sekali gus menjadikan TSM sebagai syarikat e-sukan paling mahal di Amerika Syarikat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved