Connect with us

General

MasterRamen dimasukkan ke ICU akibat serangan sakit jantung

Published

on

Foto: FACEBOOK / Master Ramen

PERSONALITI e-sukan popular, Firdaus Hashim atau senang dikenali sebagai MasterRamen dilaporkan telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada awal pagi tadi akibat serangan jantung.

Dalam satu status yang dimuatnaik pada jam 2.26 pagi tadi, MasterRamen berkata dia memohon maaf kepada semua pihak, jika ada salah dan silap.

“Saya minta maaf kepada semua kalau ada salah dan silap. Saya di ICU hospital akibat serangan jantung.

“Terima kasih kepada semua staf hospital yang bantu tepat pada masanya,” kata MasterRamen dalam status yang sama.

Dia juga memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatannya agar semakin stabil.

MasterRamen bukan satu nama asing dalam industri e-sukan di Malaysia.

Ada dalam kalangan peminat dan penggiat e-sukan yang menggelarkannya sebagai “Bapa E-Sukan Malaysia” berikutan sumbangannya dalam industri ini.

Sejak menceburi bidang ini pada 2012, MasterRamen telah menjadi pengurus untuk beberapa pasukan e-sukan ke kejohanan antarabangsa.

Dia juga pernah menjadi pengurus pasukan e-sukan Lowyat.Net Esports, Arrow Gaming, Mineski-X dan penasihat untuk Orange Taring.

MasterRamen juga pernah mengurus pasukan-pasukan e-sukan untuk ke kejohanan berprestij seperti The International 4, Asian Cyber Games SEA Invitational 2014, StarLadder SEA dan The International 6 dan mengurus kontinjen atlet e-sukan Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Dia juga aktif melakukan penstriman langsung di Facebook Gaming dan mempunyai lebih 945,000 pengikut di platform itu.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved