PUBG Mobile
PEL S3: Nova Esports juara Grand Final, menang RM1.3 juta

PASUKAN e-sukan China Nova Esports mengesahkan status mereka sebagai jaguh terbaik Game for Peace selepas muncul sebagai juara Grand Final Peacekeeper Elite League (PEL) Musim Ketiga 2021 pada Ahad lalu.
Pada pusingan ke-19 Grand Final, Nova Esports berada di tempat kedua dan hanya dipisahkan enam mata dengan pendahulu ranking, pasukan The Chosen.
Walau bagaimanapun, namun nasib lebih berpihak kepada Nova Esports apabila The Chosen pulang ke lobi awal permainan pada hari terakhir grand final.
Secara keseluruhan, Nova Esports berjaya mengatasi The Chosen dan menamatkan kejohanan dengan total 210 mata, termasuk 109 mata bunuh.

Foto: HUYA TV/ PEL

Foto: HUYA TV/ PEL
Nova Esports membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM1.3 juta (2 juta Yuan) serta 30 mata berharga untuk mara ke peringkat Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) yang dijangka akan berlangsung pada bulan November.
Pemain bintang sensasi Nova Esports, Zhu Bocheng (Paraboy) berjaya mengutip 34 mata bunuh sepanjang beraksi di Grand Final dan telah mengatasi angka bunuh ke-1200 pada hari ketiga.
Sebelum peringkat Grand Final berlangsung, Paraboy dianugerahkan sebagai pemain paling terbaik kesuluruhan (MVP) bagi peringkat Regular Season serta wang kira-kira RM130,000 (200,000 Yuan).
Sementara itu, The Chosen terpaksa berputih mata apabila gagal mempertahankan kedudukan di tangga teratas liga pada saat-saat akhir.
The Chosen meungguli carta dari pusingan ketiga sehingga pusingan ke-19 sebelum dipintas Nova Esports.
The Chosen mengutip 205 mata kesuluruhan dan membawa pulang hadiah wang tempat kedua kira-kira RM324,000 (500,000 Yuan), pencapaian terbaik yang pernah direkodkan oleh mereka sepanjang bertanding di PEL.
Para pemain Royal Never Give Up tetap melakar senyuman setelah dinobatkan tempat ketiga kesuluruhan.
Royal Never Give Up gagal beraksi dengan cemerlang sepanjang lima minggu bermain di peringkat Regular Season namun berjaya bangkit dan membuka tirai Grand Final dengan penuh bergaya apabila mengutip Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dan 18 mata bunuh.
Itu merupakan rekod mata bunuh terbanyak yang pernah dicatatkan dalam satu pusingan pada peringkat Grand Final PEL sepanjang tahun 2021.
Mi Jiacheng (ChengC) dinobatkan sebagai pemain terbaik kesuluruhan (MVP) Grand Final setelah muncul sebagai pemain dengan mata bunuh terbanyak dan mata kesan musnah kedua tertinggi keseluruhan.
ChengC mengutip 37 mata bunuh serta 7464 mata kesan musnah. Tonggak utama pasukan LGD Gaming itu turut membawa pulang hadiah wang kira-kira RM130,000 (200,000 Yuan).
Meskipun beraksi dengan cukup cemerlang, ChengC dan rakan sepasukannya menamatkan pertandingan di tangga ke-11 kesuluruhan.
Manakala pemain Weibo Gaming, Wildcat dipilih sebagai rookie terbaik kesuluruhan.
Wildcat yang merupakan penghibur penstriman langsung Game For Peace yang terkenal sebelum menjadi pemain profesional dirisik oleh pasukan Weibo Gaming pada bulan Jun yang lalu.
Berikut adalah keputusan WWCD Grand Final:
Map 1 – Royal Never Give Up
Map 2 – Weibo Gaming
Map 3 – The Chosen
Map 4 – The Chosen
Map 5 – 4 Angry Men
Map 6 – Nova Esports
Map 7 – 4 Angry Men
Map 8 – The Chosen
Map 9 – Nova Esports
Map 10 – The Chosen
Map 11 – Royal Never Give Up
Map 12 – Six Two Eight
Map 13 – TeamPai
Map 14 – Team Game
Map 15 – Weibo Gaming
Map 16 – ShowTime
Map 17 – 4 Angry Men
Map 18 – Tong Jia Bao Esports
Map 19 – ShowTime
Map 20 – LGD Gaming
Nova Esports kini mendahului ranking untuk ke peringkat Kejohanan Global PUBG Mobile dengan kutipan mata sebanyak 32 mata dan diekori rapat juara PEL Musim Kedua 2021, Tong Jia Bao Esports dengan 26 mata.