Connect with us

PUBG Mobile

PEL:RNG dominasi hari ketiga, pasukan 8.95 juta The Chosen masih top 1

Published

on

PASUKAN Royal Never Give Up (RNG) membuka tirai hari ketiga Grand Final Peacekeeper Elite League (PEL) Musim Ketiga 2021 dengan mengutip Winner Winner Chicken Dinner.

Pasukan itu kini berada di tangga kedua keseluruhan PEL S3 2021 dan berada di belakang pasukan The Chosen dengan kutipan mata sebanyak 167 mata. RNG dilihat untuk berpeluang menjadi juara sekiranya The Chosen gagal untuk beraksi dengan baik seperti yang ditunjukkan petang semalam.

Sementara itu, pasukan Regans Gaming turut menunjukkan corak permainan berkualiti tinggi pada hari ketiga Grand Final PEL.

Pada pusingan pertama di map Miramar, Lin Yien (King) berjaya meratakan keempat-empat bekas rakan sepasukannya di Nova Esports.

King berpindah masuk ke Regans Gaming secara pinjaman pada musim ini untuk membantu dan berkongsi pengalaman kepada para pemain Regans Gaming.

Regans Gaming menamatkan pusingan di tangga kelima kesuluruhan, hanya dipisahkan tiga mata dengan pasukan ditangga keempat iaitu pasukan ShowTime.

Manakala tiga pasukan berjaya untuk melakarkan kemenangan pertama di Grand Final PEL. Tiga pasukan tersebut adalah pasukan Six Two Eight, Team Game, dan TeamPai.

Pasukan LGD Gaming sekali lagi jatuh di ranking keseluruhan dan kini berada di kelompok tiga terbawah.

Namun begitu, tonggak utama LGD Gaming Mi Jiacheng (ChengC) berjaya melonjakkan diri dalam senarai pemain dengan mata bunuh terbanyak apabila mengutip 25 mata bunuh, kurang dua mata di belakang Chen Qi (Wyy).

Keputusan WWCD Grand Final:
Map 11 – Royal Never Give Up
Map 12 – Six Two Eight
Map 13 – TeamPai
Map 14 – Team Game
Map 15 – Weibo Gaming

Hari ini merupakan hari terakhir Grand Final PEL bagi musim ketiga. Peluang untuk memburu kejuaraan masih terbuka antara pasukan The Chosen, Royal Never Give Up, dan Nova Esports.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved