Connect with us

General

PMPL: Last Survivor R2K, cipta rekod pertama raih 2 Dinner berturut-turut, 3 Chicken Dinner sehari

Published

on

Last Survivor R2K ketika meraikan kemenangan semalam - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, Last Survivor R2K mencipta rekod tersendiri dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) pada semalam selepas menjadi pasukan pertama yang meraih 2 Chicken Dinner berturut-turut.

Last Survivor R2K turut mencipta rekod pasukan pertama yang meraih 3 Chicken Dinner dalam sehari selepas meraih mata kemenangan itu pada pusingan peta Vikendi, Miramar dan Erangel.

“Alhamdulillah kami dapat 3 Chicken Dinner dan kami memang tidak menjangkakan perkara ini. Kami sebenarnya mensasarkan supaya tidak Too Soon (kalah awal) walaupun tiga pusingan yang awal, kami kecundangan awal juga haha. 

“Kami fokus kepada titik tengah, titik tengah dan titik tengah. Alhamdulillah pada pusingan akhir pun kami menang.

“Semangat kesukanan untuk menang ini hadir dari sokongan keluarga dan rakan-rakan. Mereka kata jangan berputus asa, walaupun pada hari pertama kami berada di kedudukan paling bawah sekali dengan 17 mata,”kata pemain Last Survivor R2K, Mosgoku.

Mosgoku juga berkata, meski dia mengakui pasukan lain mempunyai kehebatan tersendiri, tetapi dorongan dan kata-kata semangat daripada keluarga dan rakan-rakan itu menaikkan semula perasaan kecewa mereka yang berada di ranking bawah sebelum ini.

“Walaupun kami tiada apa-apa, yang penting kami cuba,” kata kapten Last Survivor R2K, Mosleh Subairi (Mosgoku).

Pada semalam Last Survivor R2K mendapat 100 mata pada perlawanan hari kelima PMPL MY/SG dan kini mengumpul 157 mata secara keseluruhan.

RANKING TERKINI PMPL MY/SG setakat 7 MAC, 2020

Last Survivor R2K sebelum ini mendapat slot ke liga tersebut selepas menggantikan tempat MReKINGXP yang tidak boleh menyertai PMPL MY/SG atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan, Last Survivor R2K membuktikan yang mereka boleh mencipta keajaiban dalam peringkat liga ini.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Tonton kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura di Facebook PUBG Mobile yang berlangsung setiap hari kecuali Isnin bermula 3 Mac sehingga 22 Mac, pada jam 3 petang.

General

Organisasi esports nombor 1 AS, TSM ikat kontrak dengan pemain chess 32 tahun, Hikaru Nakamura

Published

on

Foto: YouTube / TSM

ORGANISASI E-sukan nombor 1 Amerika Syarikat, TSM mengikat kontrak dengan pemain chess profesionalnya yang pertama, Hikaru Nakamura.

Perkara itu diumumkan dalam satu video YouTube TSM yang bertajuk “Hikaru Joins TSM!” (Hikaru sertai TSM) pada awal pagi tadi.

Hikaru merupakan juara lima kali Kejohanan Chess Amerika Syarikat dan pernah memecahkan rekod Bobby Fisher (bekas juara dunia) untuk mendapat gelaran Grandmaster.

Dia yang mula bermain chess pada usia tujuh tahun, merupakan pemain nombor satu dalam Blitz Chess Dunia.

“Apa yang saya mahu lakukan adalah membawa pulang trofi juara untuk organisasi saya.

“Saya menyifatkan, peluang saya yang terbaik untuk melakukan perkara itu adalah dengan bersama TSM,” kata Hikaru dalam video tersebut.

Hikaru juga bukan satu nama asing dalam platform penstriman langsung Twitch.

Pemain chess yang berusia 32 tahun itu mempunyai lebih 500,000 pengikut di Twitch ketika ini.

TSM merupakan gergasi e-sukan dunia, terutama di Amerika Syarikat dan mempunyai beberapa skuad di bawah naungannya seperti League of Legends, Valorant dan Rainbow Six Siege.

Continue Reading

General

PMWL: Ini sebab uHigh direhatkan, keluarkan beast mode di Miramar dengan meneliti pihak lawan

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile Esports

PASUKAN profesional PUBG Mobile tanah air Team Secret berjaya layak ke peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur selepas menamatkan saingan League Weekend di tempat kedua dengan 94 mata secara keseluruhan pada semalam.

Pemain Team Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh)  dalam satu temubual berkata pasukannya berpuas hati dengan prestasi hari terakhir League Weekend itu dengan memperoleh dua Chicken Dinner.

uHigh berkata kehadiran Asyam Allam (Rex) sebagai pemain kelima turut mengukuhkan barisan pemain Team Secret MY ketika ini.

“Penambahan Rex membuka lebih banyak ruang dan pilihan kepada kami dalam mengatur corak permainan.

“Kehadiran Rex juga banyak menyumbang dari segi kekutaan firepower pasukan secara total,” jelas uHigh.

uHigh turut menjelaskan bahawa ketika direhatkan pada Selasa lalu, dia banyak menonton dari perspektif lain untuk meneliti pasukan-pasukan yang bertanding.

Ia juga memberi ruang kepada dirinya untuk memperbaiki kesilapan sebelum ini.

Keputusan uHigh direhat ternyata berbaloi dan memuaskan apabil pemain termuda PMWL itu apabila berjaya memberikan satuaksi yang menakjubkan apabila dengan mendapatkan sembilan mata bunuh secara seorang diri di peta padang pasir Miramar, sehari selepas direhatkan.

BACA: PMWL: Team Secret mara ke Super Weekend, kutip 2 Chicken Dinner berturut-turut

Team Secret MY secara keseluruhan memaparkan aksi kemunculan semula yang baik selepas dianggap kurang menyerlah dalam carta keseluruhan pada peringkat Super Weekend minggu pertama.

Pasukan Negara yang dibarisi Kow Jiunn Jie (BiuBiu), Asyam Alam (Rex), Raymond Tan (iShotz), Dhiya Ulhaq (uHigh) dan Aekachai Areesanan (Madtoi) berjaya memperoleh 38 mata bunuh sekaligus mengumpulkan 94 mata secara keseluruhan untuk mara ke peringkat Super Weekend

Team Secret akan mara ke peringkat Super Weekend di mana mereka akan menentang 15 pasukan lain dalam 15 pusingan untuk mendapatkan mata dalam carta keseluruhan PMWL.

Peringkat Super Weekend akan berlangsung pada jumaat sehingga Ahad nanti.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

Continue Reading

General

Liga Dunia sebuah maraton, ini baru permulaan – BiuBiu

Published

on

Foto Fail

PEMAIN profesional PUBG Mobile Team Secret Malaysia, Kow Jiunn Jie (BiuBiu) menjelaskan bahawa Liga Dunia PUBG Mobile merupakan sebuah maraton dan hari pertama Opening Weekend hanyalah permulaan bagi perjuangan mereka.

BiuBiu berkata demikian dalam satu penstriman langsung di Instagram peribadinya pada malam tadi.

Foto: Instagram/ biu1215

Jelas BiuBiu, perlawanan yang berlangsung pada peringkat Opening Weekend dilihat sebagai platform terbaik untuk menganalisis corak permainan dan penukaran posisi pasukan-pasukan lain.

BACA: PMWL: Luxxy Bigetron RA akui uHigh pemain terbaik di dunia ketika ini

Team Secret MY memulakan hari pertama PMWL ini dengan agak baik apabila menduduki tempat keenam selepas pusingan pertama berlangsung.

Namun demikian, pada pusingan Vikendi dan Miramar, Team Secret MY tumpas kepada pasukan Mongolia NoChance dan TSM Entity dari India pada awal pertarungan.

Team Secret MY yang turut dibarisi uHigh, Rex, MADTOI, iShotz dan jurulatih JangS menduduki tangga ke-18 secara keseluruhan pada hari pertama Opening Weekend.

BACA: Selepas 3 kali toosoon Valdus The Murder dapat juga Chicken Dinner, Bigetron RA kekal ranking pertama

Pusingan Opening Weekend PMWL Timur akan berlangsung selama dua hari dan ia diadakan bagi menentukan pembahagian kumpulan bagi peringkat liga.

Anda boleh menontonnya PMWL Timur di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.

Kejohanan berprestij ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta (AS$425,000).

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved