Connect with us

General

PMPL: Ratakan Team Secret, sapu semua camper, Geek Fam raih Chicken Dinner ketiga

Published

on

Pemain PUBG Mobile Geek Fam, inaoki ketika ditemubual selepas memenangi Chicken Dinner ketiga. Geek Fam dilihat kekal tenang walaupun agresif menyerang pihak lawan. - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, Geek Fam berjaya meraih mata kemenangan Chicken Dinner yang ketiga dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Geek Fam yang dilihat konsisten dari pusingan pertama, meraih Chicken Dinner yang ketiga itu pada peta ketiga di Miramar pada malam tadi.

Geek Fam dilihat kekal tenang walaupun agresif menyerang pihak lawan terutama apabila bertembung dengan salah satu pasukan elit, Team Secret.

Team Secret ketika itu hanya tinggal pemain utama mereka, Biubiu.

Pada bulatan akhir itu juga dilihat TARA Proyecto X sedang mencuba melindungi diri mereka dengan kepulan asap. Namun tanpa TARA Proyecto X sedari, kedudukan mereka diperhati Damrude.

Tanpa melengahkan masa, Geek Fam menamatkan perlawanan dengan membunuh pemain TARA Proyecto X yang tinggal untuk meraih Chicken Dinner yang ketiga.

Pemain Geek Fam, Ahmad Syafiq Imran Mohamad (Qb) berkata kemenagan itu adalah berikutan perubahan dari segi taktikal dan komunikasi pasukan itu.

“Jurulatih kami memberi peranan dalam membawa perubahan yang besar kerana pengalaman yang dia ada.

“Kami banyak bertukar pendapat untuk mencari apakah cara terbaik untuk menang.

“Pada perlawanan tadi memang kami mengikut nasiha jurulatih dengan mencari tempat kosong dan membunuh semua pemain yang ada,” kata Qb kepada hos, Nik Harris dalam PMPL MY/SG yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Barisan utama PUBG Mobile Geek Fam terdiri daripada: 

  • Jaslee Jasni – 420
  • Azmal Jasni – inaoki
  • Mohd Irzam Aman Mohd Zaini – damRUDE
  • Abdul Hafiz Hamdan – Hehox
  • Ahmad Syafiq Imran Mohamad – Qb

Sementara itu, Geek Fam juga baru-baru ini mendapat perkhidmatan jurulatih baharu yang mempunyai pengalaman dalam e-sukan PUBG PC iaitu Raziq azraei (modyyy).

Antara pencapaian Modyy termasuk Naib Juara Liga PUBG Predator Malaysia 2019 dan Naib Juara Logitech G PUBG Master Grand Final 2018.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved