Connect with us

General

PMPL : Siapa bakal ke top 12?

Published

on

PMPL Malaysia dan Singapura menawarkan hadiah wang terkumpul RM621,000 secara keseluruhan. -

KUALA LUMPUR – Pusingan kelayakan Final Malaysia bagi Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL) akan berlangsung hari ini.

Sebanyak 17 pasukan PUBG Mobile yang akan bersaing hari ini dengan 12 pasukan dari Kelayakan Terbuka Malaysia dan lima pasukan profesional yang mendapat jemputan terus.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang akan bertanding hari ini: 

  • ESG Gaming
  • Resurgence 
  • Dingoz E-Sport 
  • N.E.D Esports Brotherhood 
  • Rampage Elementus 
  • NED Proyecto X
  • Axis MPX
  • BossRevenge
  • Last Survivor R2K
  • Team No Recoil
  • Boss Weh
  • Tone WoW Esport
  • MReKINGXP
  • DarkHorse
  • Dingoz MZ
  • MRe Syndicate
  • XPERT MY

12 pasukan teratas yang akan bersaing pada pusingan kelayakan final ini akan layak ke PMPL bersama empat lagi pasukan Singapura iaitu Impunity Kage, Steel Heart Esports, DivinityEsports dan Team H20.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Saksikan pusingan kelayakan final Malaysia di Facebook PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved