Connect with us

DOTA 2

#TI9 – Rumusan hari kelima: Tiada ‘ong’ bagi pasukan China

Published

on

Penganalisis menyifatkan perlawanan ulangan Grand Finals The International 8 ini adalah seperti Chaos Dota vs Method Dota. - Foto Twitch / @dota2ti

SHANGHAI – Juara The International edisi lepas, OG, menjadi pasukan yang pertama menempah tiket ke perlawanan akhir selepas membenam cabaran pasukan tuan rumah, PSG.LGD 2-1 yang disaksikan oleh ribuan penonton khususnya penyokong tempatan.

Penganalisis menyifatkan perlawanan ulangan Grand Finals The International 8 ini adalah seperti Chaos Dota vs Method Dota.

Pada perlawanan yang pertama, kemenangan berpihak kepada PSG.LGD selepas mereka mempamerkan aksi yang kemas dan penuh berdisiplin di bawah kepimpinan pemain berpengalaman, Xu Linsen (fy).

Selepas itu, dalam perlawanan kedua pula OG seakan-akan mengamuk dengan pemain carry mereka, Anathan Pam (ana) yang menggunakan Alchemist telah menyiapkan Radiance dalam masa 10 minit dan itu adalah rekod keempat terawal bagi hero tersebut untuk mereka memenangi perlawanan kedua dan mengheret ke perlawanan penentuan.

Pada perlawanan ketiga, ketua pasukan OG, Johan Sundstein (Notail) telah membuat satu perkara yang menarik ketika dalam fasa draf hero yang membuatkan penonton sedikit meragui keputusannya.

Pada pemilihan hero terakhir beliau telah memilih Legion Commander dan menolak Tidehunter sebagai solo middle untuk Topias Taavitsen (Topson) selepas sahaja mereka melihat PSG.LGD memilih Slark untuk pemain carry mereka, Lu Yao (Somnus).

Ternyata taktikal itu berjaya dan menyebabkan penonton di Mercedes-Benz Arena tergamam seketika selepas pasukan kesayangan mereka terpaksa turun ke lower bracket kerana tewas kepada OG 2-1.

Hari ini bukanlah hari yang begitu baik untuk pasukan tuan rumah kerana pada pagi tadi sebuah lagi pasukan dari China, Vici Gaming telah ditunjukkan jalan keluar oleh Team Secret dalam satu siri perlawanan yang pantas.

BACA: MidOne dan Team Secret kini Top 4

Pada sebelah petang pula untuk siri perlawanan terakhir hari ini, Team Secret sekali lagi naik ke pentas utama untuk bertemu dengan bekas juara The International 7, Team Liquid.

Pemain Malaysia, Yeik Nai Zheng (MidOne) dan rakan sepasukan yang lain seolah-olah terpaku dengan kehebatan Team Liquid yang luar biasa.

Team Liquid seolah-olah tidak mempunyai masalah ketika menentang pendahulu Dota Pro Circuit itu dan memenangi siri tersebut 2-0 bagi meletakkan diri mereka ke kelompok 3 pasukan yang terakhir.

Juara The International 9 bakal diketahui esok dalam perlawanan akhir yang akan melibatkan OG menentang pemenang sama ada Team Liquid ataupun wakil tunggal tuan rumah, PSG.LGD dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM63.4 juta ($15.2 juta).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved