Connect with us

DOTA 2

Team SMG tubuh pasukan Dota 2, sasar ke TI10

Published

on

ORGANISASI e-sukan Asia Tenggara, Team SMG secara rasmi menubuhkan skuad Dota 2 di bawah naungannya pada semalam.

Pengasas Team SMG, Lim JunJie Wayne (JJ Lin) berkata penubuhan skuad Dota 2 itu ibarat mimpi menjadi kenyataan.

“Ketika saya masih kanak-kanak, saya hanya bermain permainan video seperti yang lain.

“Saya sentiasa beritahu kepada diri saya bahawa saya tidak mahu hanya setakat bermain permainan video sahaja. Saya mahu membawa ia ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya berharap permainan video boleh memberi perubahan kepada dunia. Penubuhan pasukan ini adalah untuk menyertai kejohanan tahunan terbesar Dota 2, The International 10,” katanya dalam satu video pengumuman skuad Dota 2 Team SMG pada semalam.

Barisan utama pemain Dota 2 Team SMG adalah:

  • Chai Yee Fung (Mushi)
  • Michael Ross Jr (ninjaboogie)
  • Cheng Jia Hao (vtFαded)
  • Tue Soon Chuan (ah fu)
  • Muhammad Ammar Rasulli (neah666)

Menurut JJ Lin, skuad Dota 2 Team SMG akan menyertai Kelayakan Tertutup Divisyen Utama Asia Tenggara Dota Pro Circuit 2021 yang akan diadakan esok.

BACA: Kenali artis popular JJ Lin, pemilik Team SMG

Skuad Dota 2 Team SMG juga akan mendapatkan perkhidmatan dari bekas pemain profesional Kenchi Yap sebagai jurulatih.

Ditubuhkan pada 2017, nama Team SMG terus meningkat naik dalam arena e-sukan selepas memenangi Kejohanan Antarabangsa Arena of Valor.

Selain skuad Dota 2, Team SMG turut memiliki beberapa divisyen e-sukan lain seperti PUBG Mobile, Valorant dan Mobile Legends: Bang Bang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved