Connect with us

DOTA 2

Dendi positif Covid-19

Published

on

Foto: Facebook / Dendi

PEMAIN profesional Dota 2, Danil Ishutin (Dendi) mengesahkan dirinya didapati positif COVID-19.

Dendi yang membuat pengumuman itu di Twitter peribadinya pada semalam turut menyatakan bahawa dia masih dalam keadaan yang baik ketika ini.

“Dah ‘elak’ virus ketika 2020 tapi ia menyerang saya pada 2021. Licik betul.

“Walaupun rasa pelik, tapi saya dalam keadaan baik,” katanya dalam ciapan tersebut.

Berikutan dengan pengumuman Dendi itu, beberapa personaliti Dota 2 turut melahirkan ucapan takziah kepadanya.

Dendi baru-baru ini berkongsikan barisan pemain utama bagi pasukannya, B8 iaitu:

  • Danil Ishutin (Dendi)
  • Leonardo Fernandes (RdO)
  • Diego Barini Santamaria (Sexyfat)
  • Enis Elfki (5up)
  • Heitor Pereira (Duster)
Foto: Facebook / Dendi
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved