Connect with us

DOTA 2

“Kita jangan judge, fahami kenapa anak-anak main esports”

Published

on

Foto: WTM Today / Mariah Ahmad

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker menyifatkan ibu bapa dan generasi lama perlu lebih memahami kenapa golongan muda suka bermain e-sukan.

Beliau berkata, e-sukan mempunyai komunitinya tersendiri yang perlu diambil tahu dan menghulurkan sokongan dan bantuan jika diperlukan.

“Jangan judge (menghakimi) mereka dengan menyatakan: ‘Oh, mereka hanya main game (permainan video).’

“Apa yang saya belajar mengenai e-sukan, kita perlu lebih empati dan menunjukkan lebih minat kepada pemain.

“Selepas meluangkan masa dengan pemain Dota 2 Chan Chon Kien (Oli) dan Cheng Jin Xiang (NothingToSay), saya belajar pelbagai perkara dan banyak yang kita tidak tahu mengenai dunia mereka,” kata Lian Ker ketika ditemui WTM Today di sebuah restoran di Nilai, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Beliau dilihat sempat meluangkan masa bersama Oli dan NTS sebelum kedua-dua pemain Dota 2 itu ke KLIA untuk berlepas ke Bucharest, Romania.

Sementara itu, Lian Ker juga menambah walaupun mungkin ramai generasi lama yang tidak memahami mengenai e-sukan, tapi ia sebenarnya satu perkara yang menjadi ikutan generasi masa kini.

Menurut Lian Ker lagi, beliau berharap ibu bapa lebih terbuka mengenai e-sukan kerana ia bukan sekadar main game semata-mata.

Jelasnya, e-sukan mempunyai ciri-ciri dan sistem tersendiri yang perlu difahami bersama.

“Ia merupakan satu budaya baru dan sistem yang baru.

“Kita perlu memahami kenapa mereka teruja.

“Kita perlu meluangkan masa untuk mempelajari dan memahami mengenai dunia e-sukan, ” tambah Lian Ker.

Sebelum ini, NothingToSay mengucapkan terima kasih kepada pihak Lian Ker dan Kementerian Belia dan Sukan kerana telah membantu urusan dalam mendapatkan kelulusan MyTravelPass untuk ke Romania bagi menghadiri kejohanan dunia The International 10 (TI10).

TI 10 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM167juta (AS$40juta) itu.

Selain Oli dan NTS, dua lagi pemain Malaysia yang akan bermain dalam kejohanan dunia TI10 di Arena Nationala in Bucharest, Romania adalah Thiay Jun Wen (JT-) dan Ng Kee Chyuan (ChYuan).

Kejohanan berprestij itu akan bermula 7 Oktober nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved