Connect with us

DOTA 2

MEL21: Sarawak menang Dota 2, bawa balik RM20,000

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Sarawak muncul sebagai juara Grand Final Liga Esukan Malaysia 2021 (MEL21) bagi kategori e-sukan Dota 2.

Pemain Sarawak, Nelson Chin Kuok Ciat berkata kemenangan itu sememangnya mengejutkan kerana pasukannya tiada keyakinan yang tinggi pada peringkat kelayakan.

“Kami memang tidak sangka dengan kemenangan ini. Ini adalah hadiah wang terkumpul terbesar yang saya pernah main.

“Selalunya kalau menyertai kejohanan, ia menawarkan hadiah tunai antara RM2,000 sehingga RM3,000.

“Walau bagaimanpun, MEL21 menawarkan RM20,000. Memang besar,” kat Nelson dalam satu temu bual selepas memenangi kejohanan itu pada Rabu lalu.

Pada peringkat grand final itu, pasukan Sarawak menewaskan pasukan Selangor (ANIMALS)  3-2.

Pasukan Sarawak yang disertai pemain-pemain Team Thanks terdiri daripada:

  • Benedict Chin Kuok Hong (Kapten) 
  • Nelson Chin Kuok Chiat 
  • Raymond Then Wan Jia 
  • Nicholas Chin Kuok Chun 
  • Low Kin Siong 

Grand Final Dota 2 MEL21 disertai 16 pasukan yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.

Kejohanan itu memberi peluang kepada pemain-pemain e-sukan amatur tanah air untuk bertarung dengan pemain-pemain profesional.

Ia juga merupakan sebahagian daripada Pelan Rangka Tindakan Esukan Kebangsaan KBS dan melalui inisiatif Esports Integrated (ESI).

Kejohanan itu juga diadakan dengan kerjasama 16 buah persatuan esukan negeri dan menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM200,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved