Connect with us

DOTA 2

xNova Layak ke The Road of The International

Published

on

Foto: Instagram / xNova

Pemain Profesional Dota 2 Malaysia, Yap Jian Wei (xNova), berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati The International 2024 bersama pasukannya, G2xiG, selepas menjadi dua pasukan terbaik dalam pusingan kelayakan wakil China pada Khamis lalu.

Kenyataan ini dikongsikan sendiri menerusi satu hantaran catatan Instastory peribadinya, @xNovadota.

Antara pencapaian tertinggi xNova adalah dengan menjadi tiga pasukan teratas selama dua tahun berturut-turut dalam kejohanan The International, iaitu 2018 dan 2019.

The International 2024 kali ini akan diadakan di Copenhagen, Denmark pada 4 hingga 15 September nanti.

Kejohanan ini juga akan disertai oleh 16 pasukan dari pelbagai negara menerusi pusingan kelayakan terbuka, pusingan kelayakan serantau, dan jemputan secara langsung.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved