Connect with us

DOTA 2

4 pemain Malaysia sertai The International 10

Published

on

Dari Kiri: Oli, JT-, Chyuan dan NothingToSay

SERAMAI empat pemain Malaysia yang sah akan menyertai ke kejohanan e-sukan Dota 2 terbesar di dunia, The International 10 (TI 10) 2021 nanti.

Pemain-pemain tersebut adalah:

  • Chan Chon Kien (Oli)
  • Thiay Jun Wen (JT-)
  • Ng Kee Chyuan (Chyuan)
  • Cheng Jin Xiang(NothingToSay)

Oli dan JT- akan bermain untuk pasukan China, Invictus Gaming, manakala Chyuan dan NothingToSay masing-masing akan bermain untuk Fnatic dan PSG.LGD.

TI 10 yang sepatutnya berlangsung di Avicii Arena, Sweden pada tahun lalu, akan ditangguhkan ke 7-17 Oktober depan di Arena Nationala in Bucharest, Romania berikutan situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Saingan peringkat kumpulan akan bermula pada 7-10 Oktober manakala acara utama akan berlangsung pada 12-17 Oktober 2021.

“Kami bersyukur dengan kerjasama yang telah dilakukan dengan pihak Romania dan teruja untuk menyaksikan komuniti global Dota 2 berkumpul, sama ada secara langsung atau virtual untuk memeriahkan pemain-pemain dan peminat-peminat di International.

“Masa untuk anda bersedia, akhirnya pertarungan akan bermula,” kata penganjur dalam satu kenyataan pada 8 Julai lalu.

TI 10 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM167juta (AS$40juta) setakat ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved