Connect with us

DOTA 2

MidOne sah sertai Team SMG

Published

on

Foto: Facebook / Team SMG

Selepas keluar dari pasukan OG, pemain profesional Dota 2 tanah air, Yeik Nai Zheng (MidOne) disahkan menyertai Team SMG.

Perkara itu diumumkan Team SMG pada semalam menerusi satu catatan di Facebook.

“Ia mungkin rahsia yang paling sukar untuk kami simpankan, tapi ia telah menjadi rasmi!

“Kami berjaya melayakkan diri ke Divisyen Bawah DPC Dota 2 bersama barisan pemain baru.

“Jom sertai kami dengan mengalu-alukan kedatangan MidOne dan Damien Chok (kpii) sebagai barisan pemain baru kami,” kata Team SMG dalam satu kenyataan.

Berikut adalah barisan utama Team SMG ketika ini:

  1. MidOne
  2. kpii
  3. Muhammad Ammar Rasulli (neah666)
  4. Tue Soon Chuan (ah fu)
  5. Chai Yee Fung (Mushi)

Team SMG juga berkata perlawanan pertama barisan pemain itu adalah pada Khamis ini jam 12 tengah hari ini menentang Galaxy Racer.

Skuad Dota 2 Team SMG ditubuhkan pada 3 Januari lalu dan akan mendapatkan perkhidmatan dari bekas pemain profesional Kenchi Yap sebagai jurulatih.

Ditubuhkan pada 2017, nama Team SMG terus meningkat naik dalam arena e-sukan selepas memenangi Kejohanan Antarabangsa Arena of Valor.

Selain skuad Dota 2, Team SMG turut memiliki beberapa divisyen e-sukan lain seperti PUBG Mobile, Valorant dan Mobile Legends: Bang Bang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved