Connect with us

DOTA 2

TI10: Pemain Malaysia, JT- postif Covid-19

Published

on

Foto: Facebook - JT-

KURANG seminggu sahaja lagi kejohanan dunia The International (TI10) akan bermula, pemain Malaysia, Thiay Jun Wen (JT-) yang bermain untuk pasukan China, Invictus Gaming didapati positif Covid-19 pada semalam.

Invictus Gaming berkata JT- mula rasa tidak sihat pada pagi 29 September yang lalu.

“Ujian PCR yang dilakukan pada 28 September lalu mendapati setiap pasukan negatif Covid-19 namun, JT- berasa tidak sihat pada pagi 29 September.

“Kami terus melakukan ujian PCR kali kedua dan malangnya, JT- didapati positif Covid-19,” kata Invictus Gaming dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, JT- sedang cuba untuk sembuh daripada demam dan kini melakukan pengasingan diri.

Sementara itu, Invictus Gaming berkata pekerja dan staf yang bersama JT- sebelum ini masih lagi negatif Covid-19.

Pihaknya juga akan melakukan ujian PCR untuk ahli-ahli yang lain pada hari ini.

JT- dan Invictus Gaming kini berada di Bucharet, Romania sebagai persiapan untuk menyertai TI10 yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM167juta (AS$40juta).

TI10 akan membuka tirai pada 7 Oktober nanti.

JT- merupakan antara empat pemain Malaysia yang menyertai TI10 nanti. Selain JT-, Oli juga bermain untuk Invictus Gaming manakala dua lagi pemain Malaysia, Chyuan dan NothingToSay masing-masing akan bermain untuk Fnatic dan PSG.LGD.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved