Connect with us

DOTA 2

#TI9 – Kemaraan xNova dan PSG.LGD dihentikan Team Liquid

Published

on

Pemain profesional Dota 2, Yap Jian Wei (xNova) bersama pasukannya PSG.LGD bakal bertemu OG sekali lagi

SHANGHAI – Perjalanan pemain profesional Dota 2, Yap Jian Wei (xNova) bersama pasukannya PSG.LGD menemui penamatnya apabila tewas kepada raja pusingan lower bracket Pasukan Liquid 2-1 seketika tadi.

Menerusi kekalahan itu, PSG.LGD mengakhiri perjalanan mereka di Kejuaraan Dunia The International 9 (TI9) di tempat ketiga dan membawa hadiah wang terkumpul kira-kira RM12 juta (AS$3juta).

Pasukan Liquid bakal bertemu dengan juara musim lalu, OG, menerusi format Best of 5, pada Grand Final yang berlangsung di Mercedes-Benz Arena, di sini hari ini.

Juara TI 9 akan membawa pulang kira-kira RM60 juta (AS$15).

Penggunaan Rubick ke-100 oleh Fy

Pada pusingan pertama bagi final lower bracket itu menyaksikan PSG.LGD menggunakan hero; Elder Titan, Rubick, Centaur Warruner, Gyrocopter dan Specter.

Manakala Team Liquid menggunakan hero; Tiny, Faceless Void, Mirana, Tinker & Shadow Demon.

Menerusi pusingan ini menyaksikan pemain PSG.LGD, Fy merekodkan perlawanan ke-100 bagi penggunaan Rubick sepanjang karier profesionalnya.

Aksinya pada pusingan itu seperti tiada tandingannya sehingga menghadiahkan mata kemenangan pertama pada siri perlawanan akhir lower bracket.

Pada penghujung perlawanan, Fy telah mencuri Disruption dari Shadow Demon dan menggunakannya untuk menyelamatkan Gyrocopter yang terperangkap di dalam Chronosphere milik pemain Liquid, Miracle.

PSG.LGD menang, Mercedes-Benz Arena digegarkan dengan sorakan peminat tempatan dengan teriakan: “LGD! LGD! LGD!”

Team Liquid bukti siapa raja Comeback

Pada pusingan kedua, Team Liquid kembali mendapat rentak dengan menggunakan hero; Sven, Dark Seer, Elder Titan, Rubick dan Templar Assassin.

Sementara itu PSG.LGD menggunakan Centaur Warruner, Lion, Jakiro, Hsukar dan Lifestealer.

Pada pusingan ini, peminat tempatan mengharapkan agar PSG.LGD menamatkan saingan ini dengan 2-0 dan mara ke grand final.

Namun mereka boleh sahaja lupakan harapan itu apabila Team Liquid membuat satu comeback yang luar biasa dalam perlawanan kedua untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Bermula dengan pertahanan highground yang baik selepas pemain PSG.LGD Ame dan Somnus tersalah meletakkan posisi mereka kerana terlalu yakin berada di hadapan.

Team Liquid mengekalkan momentum tersebut sehingga ke pertarungan yang terakhir, apabila 3 hero PSG.LGD tiada buyback selama 2 minit.

Team Liquid kemudian berjaya mendapatkan Roshan dan terus mengasak laluan atas peringkat ketiga dan menyasarkan Ancient walaupun Ame cuba memberikan tekanan di Ancient mereka.

Mercedes-Benz Arena tergamam, terdiam

Sorakan penyokong tuan rumah di Mercedes-Benz Arena ini dilihat semakin tenggelam.

Tiada ruang bagi PSG.LGD untuk kembali bangkit daripada kekalahan perlawanan sebelum ini apabila Team Liquid terus beri tekanan kepada mereka dari awal perlawanan.

Barisan hero yang digunakan Team Liquid terdiri daripada; Tidehunter, Templar Assassin, Shadow Shaman, Winter Wyvern dan Wraith King.

Manakala PSG.LGD kali ini mempertaruhkan; Elder Titan, Rubick, Faceless Void, Shadow Fiend & Dark Seer.

Tidehunter yang digunakan pemain Liquid MC harus diberikan pujian kerana berjaya membuka ruang kepada w33 dan Miracle- untuk farm lebih lama bagi memenuhi slot barang mereka.

PSG.LGD yang tertekan terus menunjukkan aksi yang hambar dan asakan demi asakan dari Team Liquid terus melenyapkan sorakan penonton di Mercedes-Benz Arena.

Team Liquid mara ke perlawanan akhir dan bakal membuat perhitungan bersama OG bagi menentukan siapakah juara dunia The International 9.

Menariknya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjulang Aegis of Champion untuk kali yang kedua

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved