Connect with us

DOTA 2

#TI9 – OG julang Aegis of Champions kali kedua, bawa pulang RM64 juta

Published

on

OG menjadi pasukan profesional Dota 2 yang pertama di dunia merangkul kejuaraan itu sebanyak dua kali membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM64 juta (AS$15.4 juta). - Foto What's The Meta / Faizal Ramli

SHANGHAI – Pasukan profesional Dota 2 OG, muncul juara bagi Kejohanan Dunia The International 2019 selepas menewaskan pasukan Liquid 3-1 pada grand final yang berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China.

Menerusi kemenangan itu OG mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan profesional Dota 2 yang pertama di dunia merangkul kejuaraan itu sebanyak dua kali berturut-turut membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM64 juta (AS$15.4 juta).

Pasukan itu juga mengekalkan barisan pemainnya pada The International lepas yang daripada Johan Sundstein (N0tail), Anathan Pham (ana), Topias Taavitsainen (Topson), Sébastien Debs (Ceb) dan Jesse Vainikka (JerAx).

“Memang sukar dipercayai. Memang seronok rasanya. Terima kasih kepada peminat dan rakan-rakan kerana menjadikan perkara ini menjadi realiti,” kata kapten OG, N0tail ketika ditemu ramah pengacara selepas selesai menjulang trofi Aegis of Champions di hadapan penonton Mercedes-Benz Arena, di sini, hari ini.

Sementara itu bagi naib juara, Team Liquid yang digelar sebagai raja lower bracket bagaimana pun terpaksa akur dengan kekalahan itu dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM18 juta (AS$4.4).

Dominasi OG yang pantas, ganas, dan rakus

Corak permainan OG pada pentas antarabangsa kali ini memang diakui berada pada kelasnya tersendiri. OG bermula dengan sangat baik sejak pusingan peringkat kumpulan dan tidak pernah jatuh dari pusingan upper bracket.

Pada Grand Final, OG tewas pada pusingan pertama berikutan beberapa kesilapan terutama apabila Ana mati di Top Lane high ground Radiant.

Menyedari persediaan Spectre di pihak OG akan memakan masa, Team Liquid terus memilih untuk menyerang ke Ancient Dire.

Keputusan Ana untuk buyback lewat pada ketika itu yang boleh dikatakan memakan diri.

Namun situasi dilihat bertukar selepas itu apabila pemilhan hero Monkey King yang digunakan Topson pada akhir draf telah merubah keadaan permainan.

Team Liquid dilihat tidak mampu menandingi langsung skil luar biasa yang ada pada Topson ketika menggunakan hero ini.

Topson juga telah memperoleh Rampage pertama Grand Finals hari ini selepas membunuh kesemua hero lawan.

Ana turutberjaya menebus kembali kesilapannya dalam game pertama untuk membantu OG mengikat kedudukan.

Pada pusingan ketiga dan keempat, OG dilihat bermain dengan sangat ganas, pantas dan rakus. Pemilihan hero sekali lagi memainkan peranan penting untuk OG.

Topson harus diberikan penghormatan yang selayaknya oleh peminat Dota 2 sebagai pemain  midlane terbaik untuk kejohanan ini.

Dia telah menunjukkan satu persembahan yang memukau untuk TI kali ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved