Connect with us

DOTA 2

MidOne ambil rehat panjang dari Dota 2, tinggalkan Team Secret

Published

on

MidOne dan Team Secret sebelum ini menduduki tempat ke-4 pada The International 9 yang lalu, iaitu rekod pencapaian paling tinggi dalam sejarah Team Secret. - Foto fail Twitch

PEMAIN profesional Dota 2 tanah air, Yeik Nai Zheng (MidOne) dilaporkan akan mengambil waktu berehat panjang dari arena kompetitif e-sukan itu dan akan dilepaskan dari pasukan Team Secret.

Team Secret berkata, MidOne telah banyak melakukan pengorbanan untuk bersaing dan membantu pasukan itu untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi dalam arena Dota 2.

“Bagi musim DPC yang lalu memerlukan setiap pemain tinggal di Eropah bagi tempoh yang lama untuk menjalani bootcamp dan berulang alik ke beberapa negara untuk menyertai kejohanan.

“MidOne telah melakukan banyak pengorbanan. Beliau juga telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemain dan rakan yang sangat baik sepanjang perjalanan ini,” kata Team Secret.

Sepanjang MidOne dalam skuad aktif Dota 2 Team Secret, beliau telah memenangi tiga kejohanan Major Valve, menjuarai pelbagai kejohanan dan mewakili pasukan itu ke pentas dunia, The International selama tiga tahun berturut-turut.

MidOne dan Team Secret turut menduduki tempat ke-4 pada The International 9 yang lalu, iaitu rekod pencapaian paling tinggi dalam sejarah Team Secret.

“Kami sangat bersyukur dengan usaha Midone sepanjang beliau bersama kami. 

“Kami mendoakan agar MidOne dapat berehat secukupnya sepanjang tempoh dia meninggalkan arena kompetitif ketika ini,” kata Team Secret. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved