Connect with us

Free Fire

Miaa sasar 4 Booyah setiap minggu untuk Argon MY

Published

on

Foto: Free Fire

TULANG belakang Argon My, Nur Fatin Amira Zainal (Miaa Zainal) mensasarkan empat kutipan Booyah setiap minggu dalam Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022.

Dia berkata sasaran itu dilihat realistik dan boleh dicapai berdasarkan disipilin dan prestasi semasa Argon MY yang agak konsisten setiap minggu.

“Motivasi daripada jurulatih serta sokongan peminat menjadi pendorong bagi mencapai matlamat tersebut.

“Saya juga ada mengingatkan kepada ahli-ahli pasukan supaya mencabar diri untuk keluar dari zon selesa supaya dapat menonjolkan lagi aksi yang lebih baik pada minggu yang akan datang,” katanya ketika dihubungi WTM Today.

BACA: Miaa pastikan jerung berdisiplin, terus kuasai liga

Skuad Jerung Biru kini mendahului ranking liga FFCM dengan catatan 204 mata ketika ini.

Berikut adalah senarai pemain utama Argon MY ketika ini:

  • Muhammad Yaser Naim Ismail (Spark) -IGL
  • Muhammad Aiman Ajwad Abdul Sani (Pydro)
  • Mohamad Afiq Mohd Zulfikar Ishraff (Afiqz)
  • Muhammad Nur Hilmi Khairi (Chill)
  • Muhammad Hafiz Azizan (Arabic)

Kejohanan Siri Cabaran Free Fire 2022 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan melibatkan pertarungan 18 pasukan terbaik Malaysia.

Ia boleh ditonton secara langsung menerusi platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY pada setiap hari Sabtu dan Ahad, bermula jam 8 malam.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved