Connect with us

Free Fire

Sukan SEA: Metrixx ungguli carta hari pertama kelayakan Free Fire, kutip 2 Booyah

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Free Fire tempatan, Metrixx, menunjukkan aksi yang memberangsangkan apabila menjadi pendahulu carta kelayakan Temasya Sukan SEA ke-31 Hanoi, Vietnam 2021 pada hari pertama setelah mengumpul dua Booyah.

Pada hari semalam, pasukan itu tidak menunggu lama untuk menunjukkan taringnya apabila meraih Booyah pada pusingan pertama Bermuda dengan pungutan 12 mata bunuh.

Pasukan itu melengkapkan hari bergaya dengan Booyah kedua yang berjaya dicapai pada pusingan terakhir Bermuda dengan mencatatkan 11 mata bunuh.

Hasilnya, pasukan itu kini menerajui kedudukan keseluruhan dengan 100 mata dan  mengaut mata bunuh tertinggi iaitu 48 mata bunuh setakat hari pertama.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, kebanyakan pasukan yang menyertai pusingan kelayakan itu seperti Axis Esports, Todak dan Icon Esports mempertaruhkan skuad kedua atau pemain pelapis yang berpotensi tinggi.

Walau bagaimanapun, Metrixx memilih membariskan pemain terbaik dengan mengekalkan hampir kesemua pemain yang bermain di Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022 yang lepas iaitu Mochaaa, Riven4n, Mirulss dan Wizz.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang akan bersaing bagi merebut dua slot mewakili negara ke Sukan SEA:

  • Icon Esports
  • ClownXtreme
  • Metrixx
  • Secret Xpert
  • Todak
  • Eternal WNL
  • 4Revengers
  • Sorry Roar
  • AKO Legends
  • Axis Esports
  • Gix Project
  • AKO Kancapura

Pusingan kelayakan Sukan SEA bagi e-sukan Free Fire akan kembali hari ini jam 3 petang.

Hanya dua pasukan sahaja yang akan dipilih untuk membawa Jalur Gemilang ke Temasya Sukan SEA ke-31 Hanoi, Vietnam 2021.

Pusingan kelayakan itu boleh ditonton di halaman rasmi Facebook, Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved