Connect with us

Free Fire

MCP: Malaysia terus dominasi, 5 pasukan tempatan top liga

Published

on

LIGA Kejohanan Major MCP musim 3 2022 bagi minggu pertama telah selesai malam tadi.

Pasukan Malaysia, Blacklist International berjaya mengekalkan status sebagai pendahulu carta keseluruhan dengan catatan 177 mata.

Namun, apa yang lebih menarik  pada minggu ini adalah apabila lima pasukan Malaysia berada di muka depan carta keseluruhan.

Pencabar terdekat kejuaraan, Todak muncul di tempat kedua diiringi Axis Esports, Geek Fam dan Eastern Wolves Gang.

Pada semalam, Umbrella Reborn memberikan koleksi Booyah untuk Malaysia pada pusingan pertama Kalahari dan Blacklist International mengutip Booyah pada pusingan ketiga Kalahari.

Booyah bagi pusingan kelima dan keenam pula masing-masing diperoleh Geek Fam dan Axis Esports.

Penguasaan pasukan tempatan dilihat dapat  memberi suatu penanda aras prestasi baharu untuk menghadapi minggu akan datang.

Kejohanan Major MCP Musim Ketiga 2022 berlangsung pada 11 Mac hingga 16 April dan menyaksikan 18 pasukan berentap bagi merebut kejuaraan.

MCP musim ketiga 2022 juga bersiaran langsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire Malaysia.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved