Connect with us

Free Fire

MCP: Malaysia masih dominasi, giliran Blacklist di Top 1

Published

on

PASUKAN Free Fire Malaysia, Blacklist International, tampil garang pada hari kedua liga Kejohanan Major MCP musim ketiga 2022 selepas muncul pendahulu carta pada semalam.

Pasukan yang tidak asing lagi dalam arena kompetitif Free Fire itu berjaya mengutip dua Booyah pada semalam.

Booyah pertama diraih pada pusingan keempat Bermuda dengan 15 mata bunuh manakala Booyah yang kedua pada pusingan keenam Bermuda dan memperoleh 13 mata bunuh.

Meskipun kurang bernasib baik pada hari pertama kerana hanya berpuas hati di tangga kesembilan dengan kumpulan 36 mata keseluruhan. Pasukan itu tampak lebih agresif pada semalam.

Pasukan yang dibarisi Cobra, Zpnu, LuxxGZ, Trixz, dan Fenix itu menunjukkan konsistensi pada hari kedua selepas mengutip 38 mata ranking dan 35 mata bunuh tambahan.

Tambahan lagi, percaturan pasukan itu membuahkan hasil dalam beberapa siri pertarungan di zon terakhir permainan seperti di kawasan Rumah-L Bimasakti dan kawasan garaj berhampiran Factory.

Kejohanan Major MCP Musim Ketiga 2022 berlangsung pada 11 Mac hingga 16 April dan menyaksikan 18 pasukan berentap bagi merebut kejuaraan.

MCP musim ketiga 2022 juga bersiaran langsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire Malaysia.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved