Connect with us

Free Fire

Free Fire: Freedom Rumble kini milik Axis Esports

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Free Fire tempatan, Freedom Rumble, diumumkan secara rasmi telah dimiliki oleh organisasi e-sukan Axis Esports.

Pencapaian pasukan itu telah menarik minat organisasi e-sukan tempatan, Axis Esports untuk meluaskan empayar dalam arena kompetitif Free Fire Malaysia.

“Kami (Axis Esports) telah membeli pemilikan Freedom Rumble”, jelas pengarah Axis Esports, Syed Fakrurrozi Syed Agil ketika dihubungi WTM Today.

Pasukan Freedom Rumble juga telah mencapai beberapa kejayaan di kejohanan rasmi Free Fire di Malaysia dan melahirkan pemain-pemain yang berkualiti.

Antara kejayaan tertinggi diperoleh pasukan itu adalah seperti berikut:

  • Tempat kedua Siri Cabaran Free Fire Malaysia musim pertama peringkat akhir 2022
  • Tempat kelima Siri Cabaran Free Fire Malaysia musim pertama peringkat liga 2022
  • Tempat kelima Kejohanan Major MCP musim pertama peringkat akhir 2021
  • Naib johan Kejohanan Major MCP musim pertama peringkat liga 2021
  • Tempat keempat Kejuaraan Free Fire Malaysia (FFMC) peringkat liga 2021
  • Naib johan Kejohanan Axiata Game Hero peringkat kebangsaan 2020
  • Naib johan Grand Final Kejohanan Antarabangsa SEA 2020

Pasukan itu akan mengiringi pasukan Todak ke liga Kejohanan Major MCP yang akan berlangsung pada 11 Mac ini bagi mengharumkan nama negara.

Di samping itu, Axis Esports memasang impian untuk layak ke Siri Dunia Free Fire Sentosa (FFWS) 2022 pada Mei akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved