Connect with us

Free Fire

Final FFCM: Todak juara, kutip 4 Booyah daripada 6 pusingan

Published

on

FINAL Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022 melabuhkan tirai pada semalam dengan menyaksikan Todak muncul juara bagi edisi pertama kejohanan itu.

Prestasi yang menakjubkan dipamerkan pasukan itu setelah meraih empat Booyah keseluruhan untuk mengukuhkan lagi dominasinya dalam arena ini.

Todak tidak menunggu lama untuk menunjukkan taringnya apabila berjaya mendapatkan Booyah pertama pada pusingan pertama Bermuda dengan mengumpul sembilan mata bunuh.

Momentum itu diteruskan lagi selepas tiga Booyah berturut-turut berhasil dicapai pada pusingan ketiga, keempat dan kelima perlawanan.

Hasilnya, pasukan itu berjaya mengutip sebanyak 55 mata kedudukan dan mendapatkan mata bunuh tertinggi perlawanan dengan 40 mata bunuh. Pasukan itu meraih 95 mata keseluruhan seterusnya bergelar juara Final FFCM 2022.

Tambahan lagi, Todak akan mengetuai enam pasukan teratas Siri Cabaran Free Fire Malaysia ke Kejohanan Major MCP musim ketiga pada bulan Mac ini.

Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022 edisi pertama telah berlangsung selama lima minggu sejak 8 Januari. Todak muncul juara sulung bagi edisi pertama manakala Freedom Rumble dan Secret Xpert ditempat kedua dan ketiga.

Tiga pasukan lain iaitu Geek Fam, Metrixx dan Sorry Roar juga akan mengiringi pasukan itu ke Kejohanan Major MCP bulan hadapan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved