Free Fire
Liga MCP: ICON mula langkah kanan, dahului carta hari pertama

PASUKAN ICON Esports cemerlang di hari pertama minggu pertama Liga Kejohanan Major MCP musim ketiga.
Pada semalam, pasukan itu berjaya meraih Booyah pertama di pusingan kedua Kalahari kumpulan A menentang B dan mengumpul tujuh mata bunuh.
Dominasi peta Kalahari diteruskan lagi apabila Booyah kedua dikutip pada pusingan keempat dengan 13 mata bunuh.
Aksi cemerlang itu menjadikan pasukan Icon kini pendahulu carta keseluruhan hari pertama dengan 58 mata.
Pasukan itu dilihat kukuh daripada segi permainan kerana mudah mengadaptasi taktik paling berkesan setakat ini (meta).
Kad kebangkitan (Revival Card) dan pengesan zon permainan berjaya dimanfaatkan pasukan itu selepas beberapa kali dikesan berada di bulatan terakhir permainan.
Tambahan lagi, penggunaan senjata baharu seperti AC80 dan Charge Buster dengan baik membantu ICON menang dalam beberapa pertempuran.
Kejohanan Major MCP Musim Ketiga 2022 berlangsung pada 11 Mac hingga 16 April dan menyaksikan 18 pasukan berentap bagi merebut kejuaraan.
MCP musim ketiga 2022 juga bersiaran langsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire Malaysia.