Connect with us

Free Fire

Sukan SEA: Secret Xpert, Sorry Roar sah wakili Malaysia ke Sukan SEA

Published

on

KUALA LUMPUR- Pasukan Free Fire Malaysia, Secret Xpert dan Sorry Roar sah akan mewakili negara ke Temasya Sukan SEA ke-31 Hanoi, Vietnam pada Mei ini.

Secret Xpert mempamerkan aksi bergaya pada hari kedua kelayakan Sukan SEA dengan memperoleh dua Booyah serta aksi konsisten diperagakan pasukan itu dalam mengharungi baki enam pusingan perlawanan.

Pasukan itu mendapatkan Booyah pertama pada pusingan pertama Bermuda selepas mengutip 27 mata dengan 12 mata bunuh.

Booyah kedua pula diraih pada pusingan terakhir Purgatory apabila mengumpul 24 mata dengan 12 pembunuhan.

Pasukan Sorry Roar juga menunjukkan prestasi luar biasa apabila naik satu anak tangga ke tempat kedua setelah memintas Gix Project dengan mengumpul 149 mata keseluruhan dan 74 jumlah bunuh.

Aksi mantap tersebut sekaligus mengesahkan Secret Xpert sebagai peneraju carta dengan mengumpul sebanyak 169 mata keseluruhan.

Pasukan itu akan mengetuai kontinjen bagi Free Fire ke Sukan SEA Hanoi, Vietnam sambil diiringi pasukan Sorry Roar.

Berikut adalah senarai pemain Secret Xpert dan Sorry Roar:

Secret Xpert

  • Ibnu Qaldoon Mohamad Sukor (IbnuPensi)
  • Muhammad Irfan Mohamed Azrai (Kireiiku)
  • Mohammad Akiq Akimi Che Mohd Pakri (Akiq)
  • Wan Muhammad Haqimi Wan Airol Nizam (Syaa)
  • Adib Nazmir Johari (FlexxOG)

Sorry Roar

  • Mohd John Abdul Gapur (Donkey)
  • Muhammad Zairil Hafizzie Zainal Abidin (Asta)
  • Noornasdi Abdul Gapar (Genzz)
  • Mohd Jahn Abdul Gapur (Jahn)

Kontinjen pasukan Free Fire negara ini akan membawa nama negara ke Sukan SEA ke-31 Hanoi, Vietnam pada Mei nanti dan dijangka dimainkan di Pusat Konvensyen Kebangsaan Vietnam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved