Connect with us

Free Fire

MCP: Blacklist International masih gah di Top1 untuk dua minggu berturut-turut

Published

on

TAMAT minggu kedua Kejohanan Free Fire Major Malaysia Kemboja Filipina Musim Ketiga (MCP S3) 2022, pasukan Blacklist International sekali lagi menerajui carta liga, kali ini dengan kutipan 347 mata.

Pada Ahad lalu, pasukan itu dilihat tidak berdepan masalah apabila mengutip dua Booyah daripada empat pusingan yang dimainkan.

Budaya permainan aggresif diterapkan, sehingga membuahkan hasil Booyah pertama pada pusingan keempat Purgatory.

Mata bunuh tertinggi sebanyak 16 pembunuhan menjadikan pasukan mengumpul 28 mata pada pusingan itu.

Meskipun tidak mencapai Booyah pada pusingan keempat dan kelima, tetapi Blacklist International tetap mengambil kesempatan untuk mencatatkan mata yang agak agak banyak dalam kedua-dua pusingan itu.

Sembilan mata pada pusingan ketiga dan 15 mata pada pusingan kelima meletakkan pasukan itu pada landasan terbaik untuk memintas pesaing kejuaraan, Geek Fam pada hari terakhir minggu kedua.

Kepercayaan (trust)  dan keserasian (chemistry), dilihat menjadi moto Blacklist International dalam mengaharungi setiap kejohanan.

Pegangan tersebut menampakkan pasukan itu unggul di tangga pertama liga MCP S3 dengan 347 mata keseluruhan dengan 164 mata bunuh diikuti rapat pasukan Geek Fam, 313 mata dan Do Easy, 275 mata.

Ranking keseluruhan MCP S3 2022 – Foto YouTube / Free Fire

Kejohanan Major MCP Musim Ketiga 2022 berlangsung pada 11 Mac hingga 16 April dan menyaksikan 18 pasukan berentap bagi merebut kejuaraan.

MCP musim ketiga 2022 juga bersiaran langsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire Malaysia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved