Free Fire
MCP: Meskipun dilanggar Ejen Hitam Putih, tapi Geek mampu juarai liga MCP

KEJOHANAN Major Malaysia Kemboja Filipina (MCP) Musim Ketiga 2022 peringkat liga telah selesai pada hujung minggu lalu. Geek Fam berjaya muncul juara keseluruhan dengan 644 mata.
Di sebalik pencapaian tersebut juga terdapat satu aksi ‘langgar’ yang di luar jangkaan berlaku.
Pada Ahad lalu, selepas tamat pusingan keempat, Geek Fam akhirnya berjaya mengatasi kumpulan mata Blacklist International dengan perbezaan 11 mata.
Hal tersebut menyaksikan pasukan Blacklist International bertindak berani ‘melanggar’ kawasan mendarat Geek Fam di kawasan Central.
Walaupun berjaya menundukkan Geek Fam, namun pasukan itu tidak mampu mengejar kembali jurang mata tersebut setelah berpuas hati di tempat kedua dengan sembilan mata bunuh.
Geek Fam menamatkan saingan peringkat liga di tangga pertama dengan 644 mata, Blacklist International di tempat kedua dengan 636 mata dan diikuti pasukan Do Easy dengan 615 mata.
Berikut adalah pasukan yang telah layak ke peringkat Grand Final:
- Geek Fam (MY)
- Blacklist International (MY)
- Do Easy (MY)
- Hard To Get (PH)
- Todak (MY)
- Vete Esports (PH)
- Bloody Heads (PH)
- Axis Esports (MY)
- Eastern Wolves Gangz (MY)
- Overdose Esports (MY)
- Orange Esports (MY)
- Icon (MY)
Grand Final MCP musim ketiga 2022 akan diadakan pada 16 April 2022 dan menyediakan hadiah wang terkumpul kira-kira RM295,000.
Aksi tersebut juga bersiaran langsung pada hari trsebut di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire Malaysia.