Connect with us

Free Fire

Free Fire MCP: Pasukan Filipina tunjuk taring, Geek jadi mangsa?

Published

on

PASUKAN Filipina mula menunjukkan penguasaannya pada hari pertama minggu ketiga Kejohanan Liga Major Free Fire Malaysia Kemboja Filipina (MCP S3) 2022.

Kutip tiga daripada enam Booyah,  Vete Esports, Hard To Get dan Bloody Heads melonjakkan kedudukan carta masing-masing pada awal minggu ketiga MCP S3.

Pada semalam, cubaan pasukan Bloody Heads untuk ‘melanggar’ pasukan Geek Fam dilihat berjaya.

Bloody Heads dilihat menukar koordinasi pasukan ke arah Factory pada pusingan kelima Bermuda, dengan Geek Fam sedang berada di arah itu, seterusnya berjaya menewaskan pasukan itu.

Pada pusingan keenam pula menyaksikan Geek Fam cuba ‘membalas dendam’ terhadap cubaan sebelum ini.

Namun tindakan tersebut memakan diri setelah tiga anggota pasukan itu kecundang di tangan Bloody Heads dan tersisa Fikryx1 seorang diri.

Ketiga-tiga pasukan itu berjaya mengutip satu Booyah, iaitu Vete Esports pada pusingan kedua Kalahari, Hard To Get pada pusingan ketiga Bermuda dan Bloody Heads di pusingan kelima Bermuda.

Pasukan Bloody Heads kini berada di kedudukan kelapan dengan 260 mata, Hard To Get di posisi ketiga dengan 313 mata manakala Vete Esports keenam selepas mengutip 267 mata.

Kejohanan Major MCP Musim Ketiga 2022 berlangsung pada 11 Mac hingga 16 April dengan hadiah wang terkumpul kira-kira RM 295,000 (AS$70,000 USD) dan menyaksikan 18 pasukan berentap bagi merebut kejuaraan.

MCP musim ketiga 2022 juga bersiaran langsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved