Connect with us

Free Fire

Final FFCM: “Metrixx, jangan berani langgar kami!”- Team Princess

Published

on

Foto: YouTube / Free Fire

PASUKAN Free Fire tempatan, Team Princess, optimis cabar pasukan pilihan utama pada Final Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022.

Pasukan yang dianggap underdog itu tidak gentar ancaman pihak lawan apabila tampil berani menyuarakan satu amaran kepada pasukan Metrixx.

Gaya permainan pasukan Metrixx yang tidak dapat dijangka membuatkan Team Princess sentiasa berjaga-jaga akan setiap keputusan yang dilakukan.

“Kami tidak menjangkakan pasukan kami dapat mara sejauh ini (Final).

“Pencabar terdekat kami adalah pasukan Metrixx tetapi kami tidak takut mereka”, jelas ketua pasukan, Mohamad Shahfitri Azhar (JimmyNeo) kepada WTM Today.

Tambahan lagi, pasukan itu dilihat yakin untuk merusuh salah satu pasukan, yang berkongsi kawasan mendarat di Purgatory pada Final nanti.

Jelas JimmyNeo, tindakan itu tidak bersifat peribadi kerana mereka masih menghormati pasukan tersebut sebagai skuad yang berpengalaman dalam arena e-sukan tanah air.

Team Princess pernah menyertai kelayakan Kejohanan Major MCP musim kedua 2021 dan berjaya menembusi slot 24 pasukan teratas.

Namun, penyertaan mereka terpaksa dibatalkan apabila salah seorang pemain pasukan itu melakukan kesalahan mendaftar akaun pada dua pasukan yang berbeza.

Skuad itu kini muncul berwajah baru pada Siri Cabaran dengan membariskan pemain-pemain berikut:

  • Mohamad Shahfitri Azhar (JimmyNeo)- IGL
  • Muhammad Hafiz Nordin (AlphaXr)
  • SyahRizzat Afzanizam (EjatSer)
  • Luqman Hakim Ahmad Zaki (LuxxGz)
  • Muhammad Akhmal Shariff (Keman XR)

Final FFCM 2022 akan berlangsung pada petang nanti dan menyaksikan 12 pasukan terbaik merebut enam slot penting untuk mewakili negara ke Kejohanan MCP 2022 nanti.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan  boleh ditonton secara langsung menerusi platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved