Connect with us

Free Fire

Final FFCM: Dropspot seimbang, mekanisme permainan jadi taruhan

Published

on

FINAL Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022 dijangka memberi peluang sama rata kepada semua pasukan yang bertanding apabila masing-masing mempunyai kawasan mendarat (dropspot) tetap.

Pengawalan kawasan mendarat menjadi satu faktor utama dalam percaturan taktikal sesebuah pasukan untuk mempersiapkan diri dalam pertempuran.

Hal tersebut memastikan pasukan sentiasa bersedia dan mengelakkan diri terkeluar dalam saingan awal.

Berikut adalah ramalan lokasi mendarat WTM Today bagi pasukan-pasukan yang bersaing bagi Final FFCM 2022 nanti.

Bermuda

GFX: WTM Today / Firas

Pasukan yang berada di tangga teratas liga iaitu Geek Fam, Todak dan Team Princess dijangka tidak mempunyai sebarang masalah menguasai kawasan mendarat masing-masing.

Geek Fam kekal sebagai Raja Clock Tower setakat ini selepas kawasan itu belum dicabar mana-mana pasukan pada peringkat liga.

Di samping itu, Team Princess perlu berwaspada ancaman ICON Esports sekiranya berlaku pertukaran koordinasi pasukan itu pada awal permainan.

Secret Xpert yang sering  melakukan split looting di kawasan Hangar dan Khatulistiwa pada peringkat liga Siri Cabaran. Namun perkara tersebut mungkin tidak akan berlaku pada Final setelah ICON Esports kini memilih kawasan Hangar.

Purgatory

GFX: WTM Today / Firas

Pasukan Metrixx tampak akan cuba merebut kawasan mendarat pasukan Blacklist International di Brasilia manakala Team Princess akan bertembung dengan AKO Steady Squad di Marbleworks.

Aksi tersebut menarik untuk disaksikan kerana Blacklist International dan AKO Steady Squad dilihat selesa dengan pemilihan kawasan masing-masing.

ICON Esports berpotensi kembali ke kawasan Ski Lodge pada Final setelah ketiadaan pasukan 2Beradik yang mempelopori kawasan tersebut pada peringkat liga lepas.

Kalahari

GFX: WTM Today / Firas

Peta Kalahari menunjukkan keseimbangan pasukan memilih kawasan mendarat yang sering dipilih pada peringkat liga.

Hanya satu pasukan sahaja yang mempunyai kesukaran iaitu EWG, apabila terpaksa bertemu ICON Esports di daerah The Subs.

Final FFCM 2022 akan berlangsung pada 5 Februari 2022 nanti dan menyaksikan 12 pasukan terbaik merebut enam slot penting untuk mewakili negara ke Kejohanan MCP 2022 nanti.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan  boleh ditonton secara langsung menerusi platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved