Connect with us

Free Fire

Geek Fam Free Fire juara liga, dapat RM7,500

Published

on

Foto: Youtube / Free Fire

SETELAH mengharungi empat minggu Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022, Geek Fam akhirnya dinobatkan sebagai juara bagi peringkat liga edisi pertama kejohanan.

Pasukan yang pernah terpalit isu smurfing sehingga hilang kelayakan pada kejohanan lepas tampak tidak patah semangat pada Siri Cabaran ini.

Tampil berwajah baru di FFCM 2022, ia sekali gus memberi suntikan semangat bagi pasukan itu untuk kembali mendominasi.

Selepas empat minggu liga berlangsung, Geek Fam berjaya mengutip lapan kemenangan Booyah, sekali gus membuktikan penguasaan pasukan itu masih lagi kukuh dalam arena e-sukan Free Fire Malaysia.

Geek Fam juga berjaya mengumpul 466 mata keseluruhan dengan memberikan jurang besar sebanyak 60 mata dengan pasukan Todak yang berada di tempat kedua liga.

Ranking keseluruhan liga FFCM 2022. Foto: YouTube / Free Fire

Pasukan itu turut mencatatkan mata bunuh tertinggi iaitu sebanyak 236 mata sepanjang tempoh itu liga diadakan.

Salah seorang pemainnya, Liew Yi Cheng (Orenn) juga sempat muncul sebagai Pemain Terbaik (MVP) pada minggu pertama dan minggu ketiga kejohanan.

Berikut adalah barisan rasmi pemain Geek Fam untuk FFCM 2022:

  • Mohammad Akiq Akimi Che Mohd Pakri (Akiq)
  • Liew Yi Cheng (Orenn)
  • Solehin Habib Rahman (xZack)
  • Arif Fikri Khairuddin (FikryX1)
  • Lukman Hakim Abdullah (Man04)

Grand Final FFCM 2022 akan berlangsung pada 5 Februari 2022 yang menyaksikan 12 pasukan terbaik akan berentap bagi merangkul Juara sulung bagi edisi pertama kejohanan.

Kejohanan Siri Cabaran Free Fire 2022 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan melibatkan pertarungan 18 pasukan terbaik Malaysia.

Ia boleh ditonton secara langsung menerusi platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved