Connect with us

Free Fire

Liga Free Fire: Todak jadi lauk tiga rasa selepas dilanggar Freedom Rumble

Published

on

AKSI penyandang tempat ketiga liga Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022, Freedom Rumble tampaknya dilihat semakin yakin selepas pasukan itu berjaya menundukkan pasukan Todak.

Pada hari semalam, Freedom Rumble seperti biasa memilih kawasan Shipyard sebagai kawasan mendarat ketika pusingan kelima di Bermuda.

Namun, pasukan itu dilihat menukar koordinasi pergerakan dengan menumpukan kawasan Sentosa dan tanpa diduga bertemu dengan pasukan Todak.

Hasilnya, pasukan itu berjaya menyingkirkan pasukan Todak di tangga ke-10 menerusi satu pertempuran berhampiran jambatan yang menghubungkan Sentosa dan Cape Town.

“Freedom Rumble adalah pasukan yang konsisten namun dipandang rendah dalam liga FFCM ini.

“Kami juga berharap barisan pemain baharu dapat kekalkan momentum ini hingga ke final”, kata pengurus pasukan itu, Abdul Rashshed Abd Rahman (Ashedz), dalam suatu temu bual bersama WTM Today.

Freedom Rumble kini menduduki tangga ketiga carta keseluruhan dengan mengumpul sebanyak 285 mata dan hanya ketinggalan 56 mata di belakang Todak.

Berikut adalah senarai rasmi barisan pemain Freedom Rumble musim ini:

  • Putera Iskandar Zulkarnain Radin Afzirul (2FastGG)
  • Mohammad Izzat Mohd Yazid (Vgetaaaa)
  • Mohamad Firdaus Ikhwan Mohd Azan (Xbottt)
  • Muhammad Amin Haikal Mohamad Rizal (ClownZz)
  • Mohamad Harris Mohd Zainal (Jeep)
  • Muhammad Jafni Asraf Mohammad Johari (Neptune)

FFCM 2022 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan melibatkan pertarungan 18 pasukan terbaik Malaysia.

Siri Cabaran itu juga telah memasuki minggu terakhir bagi peringkat liga yang menyasarkan 12 pasukan teratas untuk melayakkan diri ke Final FFCM 2022.

Ia boleh ditonton secara langsung menerusi platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved