Free Fire
Liga Free Fire: Geek Fam jadi pasukan pertama capai 400 mata

GEEK FAM menjadi pasukan pertama yang meraih 400 mata bagi Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022.
Setakat hari semalam, pasukan itu telah berjaya mengutip 195 mata kedudukan dengan 205 mata bunuh.
Geek Fam juga tampil aksi bergaya dengan mengutip dua Booyah berturut-turut dalam pusingan ketiga dan keempat semalam.
Menerusi kemenangan itu, Geek Fam kini menyamai rekod Todak apabila masing-masing mengumpul tujuh Booyah secara keseluruhan.
Tambahan lagi, pasukan Todak tidak jauh di belakang di tempat kedua dengan kutipan 352 mata ketika ini.
FFCM 2022 semakin tiba di kemuncak apabila hanya berbaki enam pusingan sahaja yang akan menentukan siapa 12 pasukan terbaik untuk layak ke peringkat Grand Final yang akan berlangsung pada 5 Februari 2022 nanti.
Minggu terakhir liga FFCM boleh disaksikan di platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY pada Sabtu dan Ahad jam 8 malam.