Connect with us

Free Fire

Liga Free Fire: 2Beradik cabar mekanisme Metrixx

Published

on

Foto: Youtube / Free Fire

PASUKAN Free Fire tempatan, 2Beradik telah bertindak berani apabila empat kali cuba merebut kawasan mendarat pasukan Metrixx dalam Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022.

Dalam pusingan ketiga Bermuda semalam, pasukan itu seolah-olah sengaja memilih kawasan Mill sebagai kawasan kutipan barang perperangan. Namun, tindakan itu memakan diri apabila 2Beradik terpaksa akur pulang lebih awal di tempat ke-12 tanpa sebarang mata bunuh.

Pasukan itu nampak tidak gentar apabila memilih untuk bertempur awal dengan pasukan Metrixx di kawasan Refinery pada pusingan keempat Kalahari.

Peralatan pertempuran yang tidak mencukupi juga menyebabkan 2Beradik sekali lagi disingkirkan pasukan lawan di posisi ke-12.

Episod ‘langgar’ itu diteruskan lagi setelah 2Beradik kembali bertemu di daerah yang sama dengan pasukan Metrixx.

Kali ini pasukan itu kerana berjaya menundukkan Metrixx di tangga ke-12 pada pusingan kelima Bermuda.

Hal tersebut mencuri tumpuan ramai apabila salah seorang pemain 2Beradik, Akimz telah bertindak menembak kotak mayat pemain Metrixx, Raii, sebagai protes kemarahan terhadap pasukan itu.

Pusingan terakhir menjadi mimpi buruk bagi 2Beradik kerana komposisi pasukan yang serba tidak lengkap dengan senjata menyebabkan mereka tersingkir di tempat terakhir.

Pasukan 2Beradik terpaksa berpuas hati di tangga ke-14 liga dengan mengumpul 158 mata, manakala pasukan Metrixx di kedudukan ke-12 dengan pungutan 197 mata setelah tamat hari pertama minggu keempat.

Kejohanan Siri Cabaran Free Fire 2022 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan melibatkan pertarungan 18 pasukan terbaik Malaysia. Ia boleh ditonton secara langsung menerusi platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved