Free Fire
Free Fire: Jerung sudah terikat, Argon MY kini sah dimiliki Todak

ORGANISASI e-sukan Malaysia, Todak, kini mewujudkan skuad baharu di bawah naungannya, iaitu Free Fire dengan memiliki pasukan Argon MY.
Todak berkata pihaknya bersedia menggegarkan arena e-sukan itu.
“Pasukan Todak Free Fire telah sudah bersedia untuk memberi impak yang ketara dalam arena ini”, kata Todak Free Fire melalui satu kenyataan di platform Instagram.
Pengesahan itu sekaligus menjawab persoalan sebelum ini berkaitan dua organisasi yang berminat terhadap pasukan itu. Pemilikan itu juga dapat membawa Argon MY ke tahap baru dalam arena e-sukan Free Fire.
Argon MY ditubuhkan pada awal tahun 2019 itu dan pernah meraih tempat ketiga Free Fire Terbuka Malaysia (FFMO) 2020 dan tempat ke-12 Piala Presiden Free Fire Indonesia.
Berikut adalah barisan pemain yang dipertaruhkan bagi menghadapi kejohanan musim ini:
- Muhammad Yaser Naim Ismail (Spark) -IGL
- Muhammad Aiman Ajwad Abdul Sani (Pydro)
- Mohamad Afiq Mohd Zulfikar Ishraff (Afiqz)
- Muhammad Nur Hilmi Khairi (Chill)
- Muhammad Hafiz Azizan (Arabic)
Argon MY kini sedang bersaing dalam liga Free Fire terbesar di Malaysia, Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022. Pasukan itu kini menghuni tangga kedua liga dengan catatan 307 mata terkumpul keseluruhan.
Siri Cabaran Free Fire Malaysia juga telah memasuki minggu terakhir pada peringkat liga. 12 pasukan teratas akan melayakkan diri ke peringkat Final yang akan diadakan pada 5 Februari 2022.
Kejohanan Siri Cabaran Free Fire 2022 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan melibatkan pertarungan 18 pasukan terbaik Malaysia.
Peminat juga boleh menyaksikan aksi secara langsung di platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Free Fire MY pada Sabtu dan Ahad jam 8 malam.