Connect with us

Free Fire

Geek Fam cuba langgar Jerung Biru?

Published

on

Foto: YouTube / Free Fire

SETELAH cemerlang mengungguli carta pada minggu pertama Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022, prestasi Geek Fam bagi minggu kedua tampak sedikit merudum.

Pasukan yang diketuai oleh Geek.Akiq itu dilihat berpuas hati berada di kedudukan ketiga dengan catatan 88 mata pada minggu ini.

Namun begitu, usaha Geek Fam dalam mengejar kutipan mata terbanyak wajar dipuji walaupun ia tidak menjadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday)

Dalam satu sorotan saingan hari kedua pada pusingan kelima peta Bermuda, pasukan Geek Fam dilihat menukar koordinasi pergerakan dengan menjadikan Mars Electric sebagai kawasan tumpuan berbanding kawasan Hangar.

Situasi itu mula menjadi tumpuan apabila Geek Fam seolah-olah dapat ‘membau’ lokasi pendahulu liga, Argon MY, yang berada berdekatan di kawasan itu.

Geek Fam kemudiannya bertindak dengan lebih berhati-hati ketika memasuki kawasan tersebut dan meletakkan posisi setiap pemain dalam keadaan bersedia di gudang pertama.

Namun perkara tersebut dapat diketahui Arg.Spark setelah dia mengesan pergerakan salah seorang ahli pasukan Geek Fam, Geek.Orenn yang bersembunyi di bucu gudang tersebut.

Hal tersebut mengakibatkan Orenn ditumbangkan oleh Spark.

Percubaan Geek Fam untuk melanggar pasukan Jerung Biru itu hanya memakan diri apabila mereka sehingga tersingkir di ke-10 dan Argon MY berjaya mengutip bersih empat mata bunuh walaupun terpaksa kehilangan Spark.

Lebih mencuri tumpuan apabila perkara tersebut disambut dengan bergaya oleh Arg.Chill yang mengeluarkan satu emote ‘pirates flag’, seolah-olah memberi amaran buat Geek Fam supaya lebih berhati-hati dalam pertukaran kooradinasi pada masa akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved