Free Fire
Miaa pastikan jerung berdisiplin, terus kuasai liga

PENGURUS Argon MY, Nur Fatin Amira Zainal (Miaa Zainal) akan memastikan pasukannya berlatih sekurang-kurangnya enam jam sehari bagi menghadapi Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022.
Dia berkata pihaknya telah mengambil satu pendekatan dalam mempelbagaikan rutin harian bagi memperkukuhkan prestasi pasukan itu.
“Dalam rutin latihan Argon MY, kami memastikan pemain untuk menyertai perlawanan persahabatan (scrims) dan kejohanan mini untuk mengasah lagi ketajaman bagi memantapkan persembahan pasukan pada setiap minggu.
“Saya juga menyediakan jadual latihan yang fleksibel kepada pemain, memandangkan ada di antara mereka masih lagi bersekolah.
“Jadual latihan pasukan kami, selalunya akan diadakan pada waktu malam,” kata Miaa kepada WTM Today.
View this post on Instagram
Skuad Jerung Biru kini mendahului ranking liga Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) dengan catatan 204 mata ketika ini.
Argon MY merupakan satu nama yang tidak asing dalam kalangan komuniti peminat Free Fire Malaysia.
Pasukan itu telah melahirkan ramai pemain berbakat di Malaysia.
Antara pemain itu adalah Muhammad Izzat Nor Azli (Drexx) yang kini berkhidmat untuk skuad Blacklist International dan Muhammad Azman Buyung (NewB) yang sebelum ini bermain untuk pasukan SEM9.