Connect with us

Free Fire

Kantoi cheat dalam kejohanan pro, Garena ban pemain Filipina ini

Published

on

Foto: Free Fire

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi pemain profesional Free Fire dari Filipina yang dikenali sebagai NXF.sparkyy.

Dalam satu kenyataan di Facebookpihak pembangun Garena Free Fire mengesahkan pemain pasukan NOxFEAR itu terlibat dalam aktiviti melakukan penipuan dalam permainan.

Jelas pihak Garena juga, pemain tersebut dikesan menggunakan program aplikasi pihak ketiga dalam perlawanan minggu kedua Siri Cabaran Free Fire Filipina 2022.

“Pada 18 Januari 2022, pihak e-sukan MCP (Malaysia, Kemboja, Filipina) kami telah menerima pengesahan bahawa NXF.sparkyy menggunakan program penipuan haram ketika menyertai kejohanan.

“Pemain itu didapati telah melanggar peraturan bahagian 2.2.1 kejohanan itu, iaitu berkaitan penggodaman dan sebarang pengubahsuaian klien permainan Garena Free Fire, termasuk menggunakan mana-mana aplikasi pihak ketiga untuk memberikan kelebihan dalam permainan,” kata Garena Free Fire dalam kenyataan yang sama.

Garena juga berkata pemain itu akan dikenakan penggantungan selama-lamanya daripada bermain e-sukan itu dan dilarang menyertai sebarang pertandingan rasmi Free Fire pada masa akan datang.

Tindakan pemain itu juga memberi kesan kepada pasukannya, NOxFEAR, yang kini hilang kelayakan untuk beraksi dalam kejohanan itu.

Garena juga berkata setiap pemain Free Fire yang bertanding dalam kejohanan e-sukan MCP perlu berkelakuan profesional dan menjadi suri teladan kepada komuniti.

“Garena memandang serius dengan perkara yang berkaitan dengan intergriti kompetitif bagi membangunkan ekosistem yang sihat dan adil untuk semua peserta,” tambahnya.

Siri Cabaran Free Fire Filipina bermula sejak 6 Januari lalu dan dijangka akan berkahir pada 6 Februari 2022 nanti. Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM 81,000 (₱1,000,000 PHP).

12 daripada 18 pasukan teratas pada peringkat liga kejohanan itu akan mara ke Final, untuk merebut slot ke kejohanan Asia Tenggara MCP Musim Ketiga 2022.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved