Free Fire
Liga FF: Blacklist International kena penalti sebab lambat masuk game, tolak 80 mata

PASUKAN profesional Free Fire Malaysia, Blacklist International terpaksa berputih mata selepas menerima penalti sehingga kehilangan 80 markah dalam saingan liga Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022 pada malam tadi.
Pasukan yang menjadi pesaing teratas liga itu dikenakan tindakan disiplin menerusi satu notis yang dikeluarkan pihak penganjur liga, yang disiarkan dalam carta keseluruhan pusingan kedua perlawanan.
“Blacklist International menerima hukuman penolakan markah sebanyak 80 mata kerana melanggar peraturan pertandingan,” kata penganjur liga, Garena Free Fire secara ringkas dalam notis yang disiarkan dalam siaran langsung FFCM 2022 semalam.
Namun begitu, Garena Free Fire tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.
Sementara itu, buku peraturan kejohanan ada menyatakan di (bahagian 3.5) kelewatan pasukan memasuki ruang menunggu untuk 10 minit akan mengakibatkan penalti dua mata amaran dan penolakan 80 mata keseluruhan.
Berdasarkan pemerhatian WTM Today, Blacklist International yang disenaraikan dalam kumpulan A tidak terlibat dalam pada pusingan pertama perlawanan. Pusingan itu melibatkan penyertaan kumpulan A dan kumpulan B liga FFCM 2022.
Selepas menerima penalti daripada pihak penganjur, pasukan itu jatuh tujuh anak tangga dan perlu berpuas hati di kedudukan kesembilan secara keseluruhan.

Foto: YouTube/Free Fire

Foto: YouTube / Free Fire

Foto: YouTube / Free Fire
Meskipun Blacklist International menerima penaliti, pemainnya Muhammad Fahmi Iskandar Suhaizan (Mirull) muncul sebagai MVP bagi pusingan kelima dan keenam perlawanan.
FFCM 2022 telah memasuki minggu ketiga kejohanan. Kejohanan itu menyaksikan Geek Fam kembali merampas takhta liga daripada Argon MY dengan kelebihan 15 mata iaitu sebanyak 265 mata keseluruhan.
Kejohanan Siri Cabaran Free Fire 2022 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan melibatkan pertarungan 18 pasukan terbaik Malaysia.
Ia boleh ditonton secara langsung menerusi platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY.